Saturday 24 May 2014

[Akidah Injection]: 73 Millah, Di manakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Pejam celik, pejam celik. Dah nak masuk Universiti dah kita semua. Tetapi, ingat walau dimana pun anda berpeluang dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran, zaman ini zaman akhir. Akhir zaman. Pelbagai ujian dan tribulasi yang mendatang.

Kadang kala, ianya akan menjadi terlalu berat sehinggakan anda merasakan lehermu tercekik walaupun bebas menghela nafas, panas walaupun disapa angin lembut an gelisah walau ditemani taulan. Zina dan lafaz ‘Aku cintakan dikau” semakin murah dan nikah menjadi semakin mahal pula. Kejahatan dianggap sebagai satu norma dan orang yang tidak melakukannya menjadi seseorang yang dicap sebagai pelik. Rona kejahatan dan kebaikan bercampur baur menjadikan ia seakan satu warna yang tidak dapat dibezakan oleh orang biasa, seraya menjerat jutaan manusia.

Kita lihat di dada akhbar.

Di televisyen.

Bahkan di depan mata atau di rumah sendiri.

Akan kerosakan dunia. Ingat, 1400 tahun dahulu ketika peristiwa Israk Mikraj, Nabi disapa oleh seorang wanita tua yang bongkok sehingga hidungnya hampir mencecah tanah. Tetapi, umat akhir zaman berlumba-lumba untuk mendapatkan harta dari si tua yang tenat ini.

Punca? Tidak usah berbalah, puncanya jelas. Manusia tidak mengenali Tuhannya.

Maka, inilah menjadi tujuan ambo mencoret siri ini untuk memberikan barang apa yang ambo pelajari tentang ilmu Tauhid. Ilmu akidah. Jika tidak tersemat di dalam hati sebaik mungkin, terkandas separuh jalan.

Di dalam masa yang suntuk ini ambo cuba untuk berkongsikan sebanyak mungkin apa yang dipelajari di Pondok Pasir Tumboh. Ambo condensekan input-input yang dipelajari daripada beberapa kitab-kitab Turath seperti Minhajus Salam, Risalah Tauhid, Faridah al-Faraid, Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, Pati Faridah al-Faraid, Kifayatul Awam dan lain-lain.

In sha Allah, pada penghujung siri ini ambo akan berkongsikan sebuah risalah padat tentang apa yang kita pelajari sepanjang siri ini, iaitu Risalah Alfiyah fi Ilmil Aqaid,  di mana anda akan berpluang untuk membuat rujukan pantas di situ.

Maka, pada post yang pertama ini ambo ingin memberikan sebuah hadith nabi yang menunjukkan betapa pentingnya dan kritikalnya untuk kita memplejari ilmu Akidah ini, terutama di zaman yang penuh cabaran ini.
Nabi Muhammad telah bersabda,

Bahawasanya Bani Israil telah berpecah kepada 72 millah (pegangann) dan umatku akan berpecah kepada 73 pecahaan, smeuanya akan masuk neraka melainkan satu”. Sahabat-sahabat bertanya,”Siapakah yang satu itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab,”Orang yang berpegang dengan peganganku dan pegangan sahabt-sahabatku”. (Imam Tirmizi, juzuk X, halaman 109)

Disebut di dalam kitab Bughyatul Mustarsydin karangan Mufti Syeikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar, yang mahsyur dengan gelaran Ba’Alawi, pada halaman 398, 72 firqah ini berpokok kepada 7 bahagian.


1.        Kaum Syiah iaitu kaum yang berlebih-lebihan di dalm memuj Saidina Ali dan tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Uthman radhiyallahuanhum. Mereka berpecah kepada 22 aliran.

2.      Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan dalam membenci Saidina Ali bahkan ada yang mngkafirkan Saidina Ali. Mereka berpecah kepada 20 aliran.

3.       Kaum Muktazilah kaum yang berfahaman bahawa Tuhan tidak mmpunyai sifa, manusia mengerjakan pekerjaannya sendiri, Tuhan tidak dapat dilihat di dalam syurga, mikraj Nabi hanya melalui roh dan lain-lain lagi. Mereka berpecah kepada 20 aliran.

4.      Kaum Murjiah, kaum yang berpandanan bahawa membuat maksiat tidak mengundang keburukan kalau suah beriman dan sebaaliknya.

5.      Kaum Najariyah kaum yang berpandangan bahawa perbuatan manusia dijadikan Tuhan tetapi Tuhan tidak mempunyai sifat. Mereka berpecah kepada 3 aliran.

6.      Kaum Jabariyah iaitu kaum yang berpndangan bahawa manusia tidak berdaya apa-apa.

7.      Kaum Mutasyabbihah iaitu kaumm yang berpandangan bahawaTuhan itu serupa dengan makhluk.

Maka umat akhir zaman akan berpecah kepada 73 bahagian, dan 1 sahaja yang terselamat!! Di manakah kita dan di puak yang manakah terletaknya diri yang kecil ini.

Mulut bisa berkata, “Tentulah aku Ahli Sunnah wal Jamaah” tetapi tahukah kita apakah yang dikehendaki dalam Ahli Sunnah wal Jamaah. Atau apakah itu Ahli Sunnah wal Jamaah?

Definisi Ahli Sunnah wal Jamaah memerlukan perdebatan yang panjang, yang in sha Allah akan dihuraikan di dalam post akan datang. Tetapi, keseluruhan Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat dalam mewajibkan dalam mempelajari Ilmu Akidah.

Kata Tuan Guru Abdul Rahim al-Singakala,

Ilmu Akidah itu untuk mnsahihkan akidah kita. Ilmu Feqah itu untuk mensahihkan ibadat kita. Dan ilmu Tasawwuf itu untuk mengesahkan penerimaan ibadat kita”.

Maka apakah yang wajib dipelajari di dalam Ilmu Akidah ini? Inilah yang akan kita kongsikan di dalam bahagian yang mendatang. In sha Allah. Sekian.




p.s: Alhamdulillah, ramai kawan-kawan dapat lanjutkan pelajaran ke bahagian persediaan ke luar Negara. Ambo takda rezeki, permohonan ditolak. Terdetik juga rasa sedih haha.. Tetapi nenek ambo selalu pesan bahawa kejayaan itu tidak pernah dalam satu jalan, ada banyak jalan ke arah kejayaan.

Ambo mungkin tidak dapat memijak tanah luar Negara, but this is not the end of my story.  I will rise again, higher and further. In sha Allah..:)



No comments:

Post a Comment