Saturday, 26 May 2012

[Tazkirah]:Cara Untuk Melembutkan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Informasi yang bakal ku kongsikan adalah dari www.suhailwebb.com.


Pejam celik, pejam celik, Ramadhan sudah berlalu. Mungkin sebahagian daripada kita terduduk sendirian pada malam-malam terakhir Ramadhan, sambil hati rungsing memikirkan kenapa kita tidak terasa apa-apa semasa bulan Ramadhan. Seringkali kita melihat di bulan Ramadhan di masjid, pastinya ada orang yang menangis semasa mendengar doa yang dibacakan semasa solat Witir. Kita juga rungsing apabila melihat sesetengah orang menangis ketika solat sehingga jubah mereka basah. Kita juga melihat sesetengah orang membaca al-Quran, mendengar azan, membaca Yassin dan melawati kubur sehingga menangis tersedu-sedu. (Artikel ini ditulis semasa bulan Ramadhan)


Kita tahu menangis merupakan rahmat. Tetapi itu mereka. Bagaimanakah dengan diriku? Bagaimanakah dengan diri anda? Kita tahu menangis merupakan tanda hati kita lembut, tetapi adakah kita senang menangis? Apakah caranya untuk kita mempunyai hati yang selembut mereka-mereka di atas?


Banyakkan Doa


Penulis (www.suhailwebb.com) pernah mendengar seorang khatib yang berkata,"Jika anda sudah menghampiri penghujung bulan Ramadhan, tetapi tidak berasa apa-apa, maka banyakkan mengetuk pintu Allah (Berdoa).Teruskan mengetuk, mengetuk dan mengetuk dan Allah akan menjawabnya".


Bayangkan jikalau kita mengetuk pintu rumah rakan kita tanpa berhenti-henti, pastinya dia akan membuka juga. Itu manusia, yang kadangkala malas hendak membuka pintu itu. Tapi, jikalau kita mengetuk pintu Allah, pastinya dia akan menjawabnya kerana Dia Maha Pemberi, Maha Menjawab Doa Hamba-Hambanya. Cuma, kita tidak pasti cepat atau lambat Allah akan respon daripada ketukan kita, ini semua bergantung dengan usaha kita.

Mintalah kepada Allah di waktu mustajab. MIntalah kepadaNya agar memecahkan kekerasan hati kita dan memasukkan kesyukuran dan keihklasan dalam hati kita.Mintalah kepadaNya agar melembutkan hati kita, dan mengisinya dengan keagunganNya yang melimpah-ruah, menukarkan amal buruk kita dengan pahala dan mintalah kepadaNya agar membuatkan hati kita bergetar akan kekuasaan dan keagunganNya.


Duduk Sendirian, Kenangkan Dosa Kita dan Minta KeampunanNya


Cuba cari beberapa minit dalam sehari, untuk kita duduk bersendirian dan mengucapkan," Astaghfirullah". Tiap kali anda berbuat begini, cuba kenangkan apa yang membuatkan Allah kurang senang akan kita. Cukup banyakkan? Maka, duduklah sendirian dan pohonlah keampunannya ke atas semua dosa yang kita lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja, dosa yang kita ketahui dan dosa yang kita tak ketahui dan dosa yang kita sedari dan tak disedari. Dan jangan lupa, mintalah kepadaNya agar mengurniakan kekuatan kepada kita untuk tidak mengulangi dosa-dosa tersebut dan pecahkan kekerasan hati kita.


Allah berfirman,


Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Furqan,70)


Maka, bersangka baiklah kepada Allah akan mengampuni dosa kita.Sahabat Abu Dzar radiallahuanhu meriwayatkan, bahawa Nabi bersabda bahwa, Nabi Muhammad pernah bersabda,

Aku mengetahui orang yang terakhir dibawa keluar dari neraka dan yang terakhir masuk ke dalam syurga. Jadi, orang tersebut dibawa dan dikatakan kepadanya,"Cabutlah dosa besarnya dan tanyalah kepada ia akan dosa-dosa kecilnya.'''

Maka akan dikatakan kepadanya," Pada hari ini, kau melakukan begini dan begini. Pada hari ini, begini dan begini.."Lelaki itu berkata,"Ya" dan tidak mampu menidakkan sesuatu pun.Maka, Allah berfirman kepadanya agar semua dosanya diampunkan. Lelaki itu berkata,"Wahai Tuhan, aku melakukan perkara yang aku tidak nampak di sini." Kemudian, Abu Dzar berkata,"Rasulullah kemudiannya tersenyum hingga ternampak gerahamnya".

Ibnu Katsir berkomentar'',......dosa-dosa itu diampunkan melalui taubat yang ikhlas dan benar.Ini kerana apabila seseoang ingat atas apa yang dia lakukan, maka dia akan menyesal dan berasa serba salah dan memohon keampunan Allah.Dalam hal ini, dosanya menjadi satu perkara yang baik.."


Allah sentiasa bersedia untuk mengampunkan dosa-dosa kita, walaupun setinggi gunung dan sepenuh langit dan bumi. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang merayu kepadanya? Maka, duduklah sendirian pada satu hari dan beristghfarlah kepada Yang Maha Mengampuni, dan yakinlah Dia akan mengampuni dosa-dosa kita.


Duduk Sendirian, Kenangkan Kenikmatan dan Bersyukur kepada Allah


Cuba buka profileku dan tontonlah filem pendek yang berjudul What is That? Tonton dan renungilah. Berapa ramai dari kita yang mempunyai ibu bapa, kawan-kawan, mentor yang mencintai kita tetapi bersyukur kepada mereka? Kita telah diberi trilion nikmat yang tidak dapat dirasai oleh orang lain. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang bersyukur?

Duduk dan kenangkan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita- al-Quran, penglihatan, pendengaran, keluarga-kita akan sedari bahawa nikmat-nikmat itu tidak terkira. Maka Allah berfirman,

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.(Ibrahim, 34)

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Ibrahim,7)


Maka, duduklah dan gerakkanlah lidah anda mengucapkan syukur kepada Allah..MIntalah kepadaNYa agar menghimpunkan kita bersama orang-orang yang sabar, mintalah kepadaNYa agar melembutkan hati kita dan mintalah kepadaNYa agar menggerakkan hati kita supaya bersyukur kepadaNya.


Mengkaji al-Quran


Allah telah menanyakan satu soalan yang begitu hebat,


(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Muhammad, 34)

Adakah kita termasuk dalam golongan yang terkunci? Tidak!! Maka kajilah al-Quran dan kita akan mendapat terlampau banyak doa yang boleh digunakan untuk mengabulkan semua hajat kita. Dan cubalah mendengarkan bacaan al-Quran oleh ulama-ulama seperti Mishary Rashid al-Afasy, Muhammad Taha al-Junayd, al-Ghamidi yang bacaannya akan meluluhkan hati kita. Sambil mendengar, bukalah tafsir dan hayati setiap patah perkataan dan ton nadanya.


Apabila anda mencuba sedemikian, dan mengasingkan diri kita dari dunia untuk memahami al-Quran, akan timbul perasaan cinta dengan Kalam Tuhan ini. Allah telah memilih kita dari berbilion orang di seluruh dunia dan menjemput kita memasuki syurgaNya dan memilih kia menjadi seorang muslim. Begitu specialnya kita. Adakah kita menghargainya? Allah sendiri memilih kita menjadi seorang Muslim, dan Dia sendiri yang merancang agar kita menjadi salah seorang daripada mereka yang kembali padaNya. maka, ayuh!! Kembalilah ke al-Quran dan bersyukurlah ke atas perhatianNya ke atas kita!!

Banyakkan bersedekah


Nabi Muhammad bersabda, "Sedekah memadamkan dosa kita seperti air memadamkan api". Dosa-dosa yang kita lakukan akan membuatkan hati kita berkarat, dan menyembunyikan permata di sebaliknya. Permata ini apabila digilapkan akan memancar zahir dan batin. Pancaran ini akan menerangi seluruh manusia dan memberkati seluruh isi rumah yang diduduki, dengan izin Allah. Dengan bersedekah, hati kita akan digilap. Maka, besedekahlah, untuk menghilangkan karat itu dan memancarkan sinaran permata itu dan memudahkan hati kit kembali kepada Allah.


Banyakkan beramal soleh


Agama Islam begitu ringkas dan mudah untuk diamalkan, kerana segala apa yang kita lakukan boleh menjadi satu bentuk ibadat kepada Allah. Beramal soleh memudahkan proses pelembutan hati kita. Maka, perbaikilah niat kita. Apabila kita membuang sampah, jadikan ia satu ibadat kerana ia membantu rumah kita menjadi bersih. Apabila kita lalu di tepi jalan, senyumlah kepada orang ramai untuk menyebarkan kegembiraan yang dibawa oleh Nabi. Itu semua adalah ibadat. Di sepanjang masa, marilah kita mencari keredhaan Allah dan tentunya mencari kelembutan hati kita.


Tinggal di Syurga, dan Lari dari Neraka


Ketika anda membaca al-Quran ataupun bersembahyang, apabila kita sampai kepada perkataan dan ayat yang menyebut tentang syurga, cuba kita bayangkan. Kita bayangkan kita berada dalam syurga, yang penuh kenikmatan. Apabila kita sedang menikmati kenikmatan itu, tiba-tiba bahu kita ditepuk. Cuba kita fikirkan.Siapakah itu? Adakah ibu bapa, keluarga, nenek, datuk yang sudah lama pergi? Ataukah ia adalah para tokoh Islam, para sahabat yang selama ini kita kagumi? Ataupun, adakah ia adalah Nabi MUhammad sendiri, yang menjadi contoh kita semua yang menjadi idaman manusia untuk bertemu dengan baginda. Dan akhirnya, kita dapat bersetentang mata dengan Rsulullah sendiri! Senyuman baginda,air muka baginda yang begitu tenang..Alangkah bahagianya berada di syurga!!! Ketika itu, tiada lagi kerisauan seperti yang kita alami di dunia, dan kita akan hidup selama-lamanya di samping Nabi Muhammad dan Allah sendiri!!


Dan, apabila kita membaca ayat atau perkataan tentang neraka, cuba bayangkan..kulit kita disiat dan dibakar. Kemudian, kita melihat kulit kita hancur dan memercikkan darah, kemudian disembuhkan semula hanya utnuk menyambung seksaan kita. Ini berterusan selama-lamanya!!! Adakah kita mampu menahannya?? Usahkan neraka, mancis pun kita mengaduh, apatah lagi seksaan api neraka yang selama-lamanya!!!! Apabila anda lapar, anda diberi buah Zaqum, yang membocorkan ususmu. Apabila anda minum, anda diberi air yang begitu panas hingga ususmu mengegeliut keluar dari badanmu. INikah yang kau inginkan selama ini? Adakah ini yang kau mahu di akhirat nanti? Adakah ini tempat pengakhiranmu? Adakah di sini kau tinggal setelah Allah membukakan pintu taubatnya seluas-luasnya??!!!

MIntalah ampun kepadanya dan biarkan air mata kita mengalir. Tidak mengapa, jangan malu air mata itu sedang memadamkan api neraka yang disediakan untuk kita. Jangan sesekali malu. JIkalau kita malu di dunia, di akhirat kita akan lebih malu..


Tetapkan Niatmu


Dalam setiap solat fardhu ataupun sunat- tanamkanlah niat khusus.Tetapkan objektif agar selepas solat itu, diri kita lebih baik dari sebelumnya.Mintalah kepada Allah pengampunan dosa kita. Fokuslah dalam sembahyang. Bacalah Surah al-Fatihah seperti seorang yang hendak mati memohon keampunan dosanya. Bersujudlah seolah-olah inilah sujud kita terakhir. Peluang terakhir kita untuk mendapatkan keampunan Allah. Apabila kita mengangkat dahi kita daripada sujud, mungkin nyawa kita ditarik, dan ketika itu, taubat tiada guna lagi...


Rakan-rakanku..


Masih ada masa untuk kita meraih taubatNYa. Allah menyukai mereka yang kembali kepadaNYa dengan malu dan ikhlas. Allah menyukai mereka yang kembali kepadaNya dengan beban dosa yang banyak tetapi berharap Allah mengampuni dosa-dosa itu. Dan, Allah pasti mengampunkan dosa-dosa itu.


Marilah kembali kepadaNya, mintalah dia keampunan, kelembutan hati dan melembutkan anggota badan kita utnuk menjalankan perintahnya. Berdoalah kepadanya agar menggantikan masa kita yang suntuk dengan rahmatNya. Selepas kita berbuat demikian, marilah kita pulang kepada Allah, dengan ringan, dengan melimpah-ruah dengan harapan untuk mencari keampunanNya melalui mengerjakan perintahNYa, dan merasa optimis Allah akan mengampuni dosa-dosa kita, memberi ganjaran kepada kita dan menjawab doa-doa kita..Insya-Allah

*p.s:Allah akan menjawab doa kita, minta dan mintalah..pasti Dia akan menjawabnya..

No comments:

Post a Comment