Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?AL-Ankabut,2Hidup di dunia sendiri adalah ujian. Ujian mematangkan kita dan menaikkan darjat kita, oleh itu tidak wajar untuk kita menyalahkan ALLAH atas ujian yang telah diberi kerana ia adalah satu bukti ALLAH menyayangi kita..
Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)Dalam memperjuangkan agama, pasti ada pihak yang tidak menyenangkan kita, mungkin dari kalangan guru kita, ibu bapa kita, rakan-rakan kita dan anggota masyarakat.. Berdasarkan sebuah artikel di iluvislam.com, sesetengah dari penentang ini terlalu ikutkan adat tradisi. Biasalah, orang Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Kita harus menerima hakikat bahawa sentiasa ada percanggahan anatara adat warisan Hindu-Buddha kita dahulu dengan Islam, maka kita kene menerima cara Islam, kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam..Tetapi, mereka tetap menentang, apabila dibangkitkan isu tudung mak datin, persandingan, menepung tawar dan sebagainya...
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?" - Surah Al-Baqarah: Ayat 170
Yang kedua, ialah mengikuti golongan pemerintah, Pemerintah bukannya maksum dan mereka mampu melakukan dosa dan keburukan lalu dihiasi dengan ganjaran dan faedah untuk menutupi dosa mereka. Tapi, Allah dan hamba-hambaNya yang beriman sentiasa akan nampak keburukan dan busuknya dosa tersebut. Tetapi, sesetengah kaum yang buta, mereka terpedaya dengan ganjaran yang diberi, sedangkan ianya berpunca dari duit mereka sendiri yang dicekik darah, mereka bermati-matian melindungi sang pemerintah, sanggup melakukan penzaliman dan penganiayaan , menghina ulama, menutup mata melihat keburukan dan sebagainya, maka di akhirat nanti, mereka akan dihalau ke neraka bersama pemerintah mereka...
Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." - Surah Al-Ahzab: Ayat 67
Yang ketiga, mereka berasa diri mereka besar dan berilmu, maka menolak segala yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka menggunakan fakta picisan di surat khabar, radio dan sebgainya untuk menentang ajaran Islam. Adakah mereka fikir mereka akan berjaya melawan Allah azza wajalla?
"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." - Surah Al-Mukmin: Ayat 83
Sesungguhnya aku dianiaya oleh ketiga-tiga golongan di atas, Aku tidak pernah lupa bagaimana aku dicap sebagai kafir oleh mereka, tetapi tidak mengapalah aku sentiasa memaafkan mereka..Dulu, aku berasa takut, was was dan berdebar ketika hendak melawan hujah palsu mereka, tapi Alhamdulillah..kini jalan yang sebenar sudah terang dan jelas....
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Al-Fath,4
Insya-Allah, aku akan buktikan kepada mereka, bahawa ALLAH itu maha tinggi!!!
*untuk artikel penuh, sila buka link ini:http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1372-enam-golongan-yang-sukar-menerima-dakwah.html
No comments:
Post a Comment