Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Allahurobbi, sudah seminggu cuti dihabiskan. Tinggal lagi seminggu dan perjuangan akan diteruskan. Ambe pun dah mula tidak selesa di rumah, jadi harapnya Allah melanjutkan umur untuk ke sekolah..:D
Jadi, para pembaca yang dikasihi, sebelum kita ke perbincangan utama, moleklah untuk kita mengetahui serba sedikit tentang status hadith. Ringkasnya, hadith itu membawa definisi,
"Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perbuatan, percakapan, pengakuan dan sifat-sifat beliau sama ada sifat fizikal mahupun peribadi"- Abdul Razak Mutalib, 40 Hadith Palsu Popular
Hadith pula terbahagi kepada dua, hadith maqbul iaitu hadith yang diterima dan hadith mardud iaitu hadith yang ditolak.
Hadith Maqbul;
- Hadith Sahih (hadith sahih lizatihi, hadith sahih lighairihi)
- Hadis Hasan (hadith hasan lizatihi, hadith hasan lighairihi)
Hadith Daif dan Hadith Maudhu' pula tergolong dalam hadith mardud iaitu ditolak. Majoriti sarjana hadith membolehkan untuk hadith daif disampaikan asalkan tidak bersangkut paut dengan akidah, hukum halal haram, atau hukum-hukum syariat. Dan juga disepakati ooleh ulama seperti Sufyan at-Thauri, Abdullah bin Mubarak, Ahmad bin Hanbal. Kenyataan para ahli hadith ini boleh dilihat di al--Kifayah fi 'Ulum al-Riwayat karangan Khatib al-Baghdadi.
Hadith Maudhu' pula ialah hadith palsu yang direka oleh seseorang kemudian dikatakan bahawa ia adalah daripada Rasulullah. Maka, hukum menyampaikan hadith palsu ialah haram sebagaimana sabda Rasulullah,
"Jangan kamu semua berdusta atasku, Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka"- Bukhari dan Muslim
Hadith Rejab Bulan Allah
HADITHNYA: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku"
ULASAN SARJANA:
- Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam buku al-Manar al-Munif menyatakan hadith ini ialah palsu dan direka oleh Ibnu Jadham.
- Menurut az-Zahabi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jadham ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdham al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 H. Beliau ialah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadith palsu mengenai solat al-Raghaib( solat pada malam hari Jumaat pertama bulan Rejab).
- Hadith ini juga disebut oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at," Hadith ini adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah."
- as-Syaukani juga menyebut dalam Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'at," Hadith ini ialah maudhu' dan pelapornya adalah tidak dikenali dan solat Raghaib yang mahsyur ini sudah disepakati ulama sebagai maudhu"
BONUS:
hadith yg dikeluarkan oleh Nabi yang tulen itu dilindungioleh Allah melalui ilmu mustalah hadith dan sanad...cumanya, ada pihak yg busuk hati merosakkan hadith ni...apabila ade puok gini, maka lahirlah ilmu yg jitu seperti jarh wat ta'dil dan mustolah al-hadith, usul hadith..yg menjadikan agam Islam sebuah agama yg teliti pengambilan sumbernya..cuma penganutnya aja yang kurang teliti, main sebat ja amek.^0^
ReplyDelete