Sunday 10 February 2013

[Diari al-Mamluk]: Leadership, Conflicts and Defiance

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengemaskini kan blog ini, pada hari ini ambo telah diberikan kelapangan masa untuk menulis sedikit bingkisan dan perkongsian setelah sebulan memangku jawatan Ketua Naqib di Sekolah Menengah Sains Muar.


Pada entri yang lepas, ambo sudah menegaskan dengan ketetapan nada yang jitu bahawa seorang Mamluk tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan samada secara de facto ataupun de jure. Tetapi, ambe menerima jawatan ini dengan menanam iktikad dalam hati hanya sebagai pemangku ataupun regent,  dan hanya untuk mengisi kekosongan selama setahun sebelum menyerahkan kepada Ketua Naqib yang sebenar untuk sesi 2014.


Jadi, sepanjang regency Mamluk  al-Qasir pada tahun ini, ambe menekankan elemen kelembutan di mana ambe ingin memperkenalkan pendekatan dakwah yang baru, yang lebih informal dan mudah diterima dan dihadam oleh semua orang. Walaupun terdapat desusan yang agak kuat mengatakan ambe masih bersifat konservatif dan keras dalam dakwah, ambe ingin menekankan di sini ambe telah banyak terseksa dalam mengubah diri ambe semata-mata untuk tahun ini. Perlu diketahui, bahawa ambe ialah seorang yang psychological-impaired dan mungkin menghadapi simptom pra-autisme dek trauma dan childhood conccussion,  justeru itu ambe tidak banyak berkomunikasi secara aktif dengan orang luar. Tapi, setelah diberatkan dengan jawatan ini, maka ambe mengubah diri ambe dengan begitu drastik, menghabiskan sisa duit untuk membeli buku kepemimpinan dan terpaksa meninggalkan beberapa disiplan sufiyah seperti 'uzlah demi untuk mendekatkan orang lain. Maka, ambe kira adalah tidak adil buat ambe jika semua orang tetap bersikap prejudis dengan ambe pada tahun ini.


Sebagai seorang yang introvert tegar, ambe amat lemah dan pasif dalam skil komunikasi, dan lebih tertumpu kepada bidang sastera. Ambe seorang peminat muzik sufistik dan bait-bait syairnya yang amat meruntunkan hati. Maka, terbit dari situ keinginan untuk menubuhkan pasukan Qasidah di SAMURA. Tapi, ambe hanya memainkan peranan yang minor dalam pembentukan pasukan ini, pujian sepatutnya diberikan kepada tokoh-tokoh Qasidah di SAMURA seperti Muhammad Syaiful Md Nasarudin dan Muhammad Hilmi Halid. Hasil dari titik peluh mereka dan pasukan fledgling Qasidah SAMURA, kami berjaya menanam tapak yang kukuh dalam kalangan pelajar SAMURA. Ambe kira, jikalau tidak hajat untuk ISlah tidak kesempatan, maka sekurang-kurangnya satu platform yang mudah dicerna oleh anak muda dapat diperkenalkan dalam regency ambe ini.


Kesimpulannya, pelajar SAMURA sememangnya yang terbaik, cumanya ambe masih tidak dapat mencari rentak yang sesuai dan selesa. Ditambah lagi dengan shadow hand movement dan underground movement yang makin menerapkan pengaruhnya, pergerakan dan perkembangan ambe masih terbatas. Ambe mengambil keputusan untuk membiarkan mereka dengan penentangan mereka karna ambe bukanlah seorang nabi yang tidak boleh ditentang. Cumanya, ambe berharap mereka dapat tampil ke depan dan bersemuka dan menceritakan segala-galanya untuk membolehkan ambe berubah...


CABARAN DAN DUGAAN


Tentunya, dalam bidang kepemimpinan, pasti ada taufannya. Contoh yang jelas ialah pada Saidina Uthman bin Affan, yang sehebat beliau pun, maish ada yang memalitkan fitnah kepada beliau. Maka, apatah lagi manusia yang hina seperti ambe.


1. Seperti yang dijelaskan di atas, terdapat beberapa kelompok yang masih tidak bersetuju dengan cara ambo, dan kebanyakan daripada mereka tidak mengenal ambo. Belahlah dada ini dan carilah apa yang kurang, ambe tidak kisah, asalkan dakwah jalan...Dan ini juga merupakan kesalahan ambe juga..Masa 2012 patutnya ambe gunakan untuk memahami etos SAMURA, tapi disebabkan ambe mati-mati ingat tidak akan dicalonkan, maka ambe menumpukan kepada pembelajaran agama secara berguru, bukan untuk dikongsi, tapi untuk pengamalan diri..Maka, ramai yang agak terkejut apabila seorang yang gharib seperti ambe dilantik..


2. Sebenarnya, amat sakit untuk tinggal di bawah bayangan orang. Tapi, ambe ambil perkara ini dari sudut positif.


Maka, sekian sahaja untuk perkongsian kali ini..Assalamualaikum..^0^


No comments:

Post a Comment