Monday 11 February 2013

[Lensa]: Di Sebalik Tundukan Pandangan






Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hmm, dalam cuaca yang tak beberapa stabil ini, ambo harap semuanya sihat sokmo deh? Ambo pulop yang selesema di sini, tapi tidak mengapalah setiap penyakit ada ubatnya dan setiap ujian ada hikmahnya. Naturally acquired and Active immunity ini pastinya akan meningkatkan lagi tahap imuniti ambe terhadap penyakit selesema ini..


Aha! Di atas, ambe sebut bahawa tiap ujian ada hikmahnya, dan ambe ingin tambah sedikit bahawa TIAP SYARIAT ADA HIKMAHNYA! Agama Islam merupakan agama yang syumuliyah maknanya mencangkupi keseluruhan aspek kehidupan, duniawi dan ukhrawi. Dan setiap ibadat itu ialah untuk manfaat diri kita, Allah tidak akan bertambah kuat sekiranya kita beribadat kepadaNya dan tidak akan menjadi lemah apabila manusia tidak beribadat kepadanNya. Allah tidak mengkehendaki apapun daripada hambaNya maka ibadat itu tidak lain, tidak bukan ialah untuk kemaslahatan hambaNya itu sendiri selaras dengan sifat Rahman dan RahimNya kepada seluruh ciptaanNya.


Pada kali ini, dengan izin Allah, ambe ingin mengulas tentang menundukkan wajah atau pandangan. Ramai pihak salah faham akan konsep ini sedangkan telah disebut secara jelas oleh Allah subhanahu wataala dalam firmannya,



Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” (QS. An-Nuur : 30-31).
Dan suruhan daripada Nabi kita,


”Telah dituliskan atas Bani Adam bagian dari zina yang pasti ia melakukannya, tidak bisa tidak. Maka, zina kedua mata adalah melihat (yang diharamkan), zina kedua telinga adalah mendengar (yang diharamkan), zina lisan adalah berkata-kata (yang diharamkan), zina tangan adalah memegang (yang diharamkan), zina kaki adalah melangkah (ke tempat yang diharamkan), hati berkeinginan dan berangan-angan, dan kemaluan membenarkan itu semua atau mendustakannya”.(HR. Bukhari dan Muslim)
Maka, mari kita meperhalusi salah faham  berkenaan suruhan agama ini.


Kalau asyik menundukkan pandangan ja, memey langgor tiang lah jawabnya...


Saudara, Islam tidak menghalang manusia daripada memandang perkara yamg harus dan diperbolehkan oleh manusia, malahan memberikan ganjaran apabila menapat beberapa perkara seperti menatap wajah ibu bapa, guru dan alim ulama'. Islam juga bukanlah agama yang datang untuk mengharamkan segala kesenangan dunia, sebaliknya memberikan kawalan yang syumul ke atas perkara dunia. Cuba kita fikirkan, apa akan terjadi apabila ayat berkenaan larangan zina itu tiada? Pastinya, zina berleluasa walaupun di kaki lima jalanan dan anak tidak sah taraf bermaharaja lela! Maka, Allah turunkan ayat melarang zina dan menghalalkan perkahwinan pula.

Dan, kesyumulan Islam lebih menonjol lagi dengan ayat yang menyebut bukan sahaja larangan berzina,  larangan untuk menghampiri zina. Saudaraku, sesungguhnya setiap kemungkaran itu tidak bermula secara mendadak. Ia dimulakan dengan melonggarkan ikatan iman, meninggalkan yang sunat, melakukan yang makruh, melakukan perkara yang tidak beradab dalam agama. Kesemua ini dipadukan dengan hasutan syaitan, maka barulah menjadi kemaksiatan.

Contohnya, kita tidak akan terus berzina dengan wanita yang kita suka. Ia akan dimulakan dengan banyak berkhayal tentangnya, berutus surat dengannya, menatap dan merenung wajahnya, menyimpan gambarnya, bercouple dengannya. Apabila kesemua ini dilakukan secara berterusan, ditambah lagi dengan rayuan dari pihak ketiga, maka akan terjadilah zina tanpa sebarang syak lagi, kerana ikatan iman itu sudah dilonggarkan dengan melakukan perkara yang lagha dan sia-sia tadi. Maka, cantiknya Islam ini, agama ini juga menutup segala ruang yang akan menghasilkan zina.

Tetapi, ketahuilah oleh akan mu bahawa kesemua ini akan menyesakkan dada orang yang lemah imannya kerana melihat sempitnya ruang untuk melakukan dosa. Sebaliknya, orang yang beriman akan melihat ianya sebagai satu peluang untuk menjalani kehidupan tanpa penasaran cinta dan peluang untuk menyaring wanita manakah yang layak untuk dijadikan pasangan hidup dunia dan ketua bidadari di akhirat nanti. Perhatikanlah.

Setelah jauh kita melencong, kini barulah nak masuk point..Baiklah, menundukkan pandangan.

Perbuatan buruk seperti zina berpunca daripada penggunaan deria yang tidak kena pada tempatnya. mata gunanya untuk melihat perkara yang mubah dan digunakan sebagai platform meraih saham pahala, bukannya untuk meng-usha geweh yang belum lagi confirm untuk dimiliki..

Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin, Nabi Muhammad SAW mejelaskan,"

"Pandangan itu ialah panah beracun antara panahnya Iblis, siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Aku, Aku gantiknannya dengan keimanan yang dapat dirasakan manisnya dalam hati" (at-Tabrani dan al-Hakim)
Orang tua selalu kata, "Dari mata turun ke hati"..Kalau imej itu negatif, diturunkan kepada hati yang negatif,  disahkan oleh akal yang negatif, pasti refleksnya juga negatif. Ini tentunya akan menungdang ketidakseimbangan metabolik badan dan juga emosi. Emosi akan bergelodak, soelah-olah akan keluar satu singa dari hati..Akhirnya, akan timbullah satu perasaan gelap yang dinamakan "al-shawq" atau angau..Bila sampai ke taat ini, tahi pun nampak macam madu..Nauzubillah,,

Malah, sains juga mengesahkan bahawa memandang jantina yang ajnabi secara sengaja dan tidak ada tujuan, hanya utnuk bersuka ria, akan mengundang perubahan negatif pada badan.

Menurut H.Rashidy dalam bukunya The Poisoned Arrow,



Menurut Sains, pandangan memberi mesej bagi mengeluarkan hormon bagi menyiapkan badan dan organ seksual bagi hubungan kelamin. Hormon ini memberi kesan kepada semua organ badan. Apabila hormon ini dirangsang tanpa keperluan, ia kekal dalam badan dan menyebabkan kerosakan teruk pada tisu,mengakibatkan jerawat, peluh yang berlebihan, migrain sehinggalah osteoporosis, artherosclerosis dan sakit jantung
Kajian sains di atas selaras dengan hadith Nabi. Apabila kita menundukkan pandangan, maka penyakit yang disebut di atas tidak akan berlaku. Muka bersih, badan pun sihat. Apabila aspek fizikal sudah bersih dan sihat, maka esen nurani juga bersedia untuk beribadat secara tenang. Apabila elemen fizikal, intelek, emosi dan juga spiritual yang positif dipadukan, maka lahirlah halawatul iman, iaitu kemanisan iman. Tak nak ke?

KESIMPULAN


Saudara dan saudariku,


Apabila seseorang menentang kerana tidak mengetahui intipati dan hikmat di sebalik syarita yang ditentangnya, maka itu ialah fitrah seorang manusia. Tetapi, apabila sudah dihidangkan dengna ujah konkrit, masih tidak mahu menerima hakikatnya, ini merupakan satu tanda yang jelas bahawa there's something wrong in your heart. Ketahuilah, bahawa segala yang disampaikan oleh ambe, semata-mata untuk diri ambe yang lemah ini, dan tidak sesekali memaksa anda semua utnuk menuruti apa yang ambe perkatakan.


Jika kita bersama-sama mengamalkan syariat, maka kitalah yang akan merasakan manisnya buah yang ditanam...sekian, sahaja..Wassalam..^0^



 

No comments:

Post a Comment