
*note: Gelaran Wan digunakan untuk Nenek di Negeri Sembilan.
Along masih ingat, ayah dengan ibu cerita yang perkara pertama Wan cakap bila Dr Jemilah Mahmood (Pengerusi PEACE) sambut Along ialah, "Masya-Allah, besarnya kaki baby ini. Mesti jadi orang besar nanti!!". Tapi, bila Along membesar..tapak kaki Amir Khalis lebih besar sebab itu beliau sangat berkarisma dari Along..
Along masih ingat apabila tiap-tiap kali kita balik kampung, Wan akan belikan Along satu komik Doraemon. Wan tak suka tengok Along termenung dan melagha semasa di atas bas. Wan tak reti baca Rumi dan selalu tanya "Siapa Doraemon?". Along akan jawab, "Hahaha..Dia kucing botak". Minat Along terhadap Doraemon sebati dengan diri Along sebab itu rambut Along pun botak. Macam Doraemon.
Along masih ingat Along selalu tanya kenapa Wan ada tiga baju saja. Baju tulis Pangkor Island, baju hitam dan baju biru. Kenapa Wan tak minta anak-anak Wan belikan baju untuk Wan? Wan kata, "Takpa, Wan tak nak sesiapapun gaduh-gaduh lepas Wan meninggal".
Along masih ingat rumah Wan besar..Tiga tingkat, Along selalu nampak hantu kat rumah Wan. Sebab itu, Wan beri Along tidur sebelah Wan. Tapi, tetap Along tidak boleh tidur.Macam ada sahaja lembaga putih berdiri di penjuru bilik. Jadi, Along akan tanya macam-macam soalan supaya Wan jawab dan hilang takut Along itu.
"Bintang itu apa?"
"Macam mana alam ini terjadi?"
"Kenapa ada orang pendek, ada orang tinggi".
Wan akan menjawab perlahan, "Tidak tahu". Wan sudah mengantuk. Tapi, hantu tu tak nak gerak dari penjuru bilik. Along takut. Wan pun belai rambut Along. Inilah yang Along nak. Tangan Wan akan halang hantu itu dari dekat dengan Along.
Along masih ingat Wan bayar pak cik teksi untuk hantar Along ke sekolah. RM 25 sehari. Wan tak habis duit ke? "Ada, Wan ada duit," Wan jawab.

Along tengok Wan bayar Uncle Van RM100 untuk hantar Along ke tuisyen. Duit Wan tak habis ke? "Tak, takkan hais unutk Along".
Along tengok Wan bayar Teacher Ong untuk tuisyen Along. Teacher Ong baik, beliau kata telinga besar Along "bawa ong". Teacher Ong beri diskaun. Duit Wan tidak habis ke? "Ada lagi". Wan senyum.
Along selalu dapat nombor semasa peperiksaan. Wan akan masak pulut kuning dan jem durian. Along tak suka makan durian, tapi jem durian Wan memang terbaik. Along tanya kepada Wan kenapa kita tak makan KFC, McDonald's macam orang lain? Wan diam, kemudian Wan kata pulut kuning buat Along semakin handsome. Wan, apabila Along dah besar, perkara itu macam tak benar je. Tapi, Along sekarang faham kenapa Wan kata sedemikian. Along harap Along tidak pernah tanya.
Along selalu buat Wan nangis. Wan tidak cukup duit nak beli buku di Pasar Cina Taman Saraya. Wan lumpuh separuh badan, jadi Along yang tolong bawakan dompet Wan. Along marah, Along tinggalkan Wan macam tu ja. Along menyorok di gerai ikan masin. Bila Along dah puas, Along pergi jumpa Wan balik. Wan nangis. Muka Wan merah. Wan guna tudung lusuh Wan untuk lap air mata Wan. Akhirnya, Wan beli juga buku Along. Tapi, kenapa Wan tak nak borak dengan Along?
Masa dapat result UPSR, Along dapat 5A. Along berlari dengan badan Along yang gendut itu ke arah Wan. Along tunjuk slip itu pada Wan. Kenapa Wan nangis? Bukan ini ke yang Wan nak? Along akan duduk asrama, Along takkan minta Wan bayar tuisyen dan duit pada Uncle Van. Along tidak akan susahkan Wan lagi. Kenapa Wan menangis?
Semasa Along dah masuk Tingkatan, Along dah jadi kurus. Wan selalu tanya, kenapa tak makan? Along diam. Dulu Along banyak tanya Wan, sekarang Wan pula yang selalu tanya. Dulu Along selalu jumpa Wan, sekarang jumpa kadang-kadang saja.
Wan kata, rumah Wan sunyi. Tiada sesiapa. Wan kemas rumah kemudian Wan tidur. Esok pun sama. Wan tiada orang nak diajak berborak. Wan tiada orang hendak diajak ke pasar. Along senyap.
Wan kata, nanti bila Along dah ada anak, bawalah ke rumah Wan. Wan akan jaga mereka macam Wan jaga Along.
Wan kata, nanti bila Along dah berjaya jangan lupa lawat Wan.
Apa yang Wan kata, semua jadi benar. Along dapat 5A, masuk asrama. Semua terjadi. Tapi, sayangnya Along tak dapat bawa anak-anak Along jumpa Wan. Along pun tidak dapat lawat Wan ke rumah. Kerana sudah tiada sesiapa ada di rumah dah. Wan tak tinggal sana lagi...
Kini, Along dah dapat keputusan SPM. Ironinya, Wan pun dah beritahu Along pasal ini.
Tapak kaki yang besar, pulut kuning yang membuatkan Along handsome mungkin tidak benar, tetapi cerita-cerita itu yang membentuk Along sehingga jadi seperti hari ini..
Semoga Wan aman damai di rumah baru Wan. Eh, lupa pulak. Ada lagi satu Wan janji, tapi Wan tak buat.

Wan kata Wan nak datang masa ambil result SPM macam UPSR, tapi Along datang seorang diri saja ke sekolah. Tidak mengapa, Wan tidak pernah tinggalkan Along... Wan sentiasa hidup di dalam diri Along.
Al-Fatihah ke atas Hajah Fadillah binti Mahat.
*Kalau anda perasan, gambar-gambar di entri ini menunjukkan waktu pagi, tengah hari dan akhirnya malam. Hari mempunyai kitaran. Sama juga seperti kita. Pasti, akan kembali ke permulaan kita, iaitu tiada. Malam yang dipenuhi bayangan beliau di dalam mimpi membuatkan ambo terfikir, bila pula giliran ambo ke rumah Wan? :)
Kau mulakan pembacaan aku dengan ketawa dan kau akhirinya dengan motivasi :)
ReplyDeletetapi, still tak sharp die punye plot..takpela, this is the best i can muster in my heart..;)
DeleteMacamana tangan wan hang halang hantu tu ? haha **dalam banyak2 benda yang ni yang aku tanya
ReplyDeletetangan wan tu magic baq hang..haha..:D
Deletesidi. kau buatkan ak mengimbau masa ak ketika bersama abah ak. dengan kegembiraan yang ingin dismpaikan oleny demi cucunya. awl2 mmg lawak dan bila sampai part akhir ak blur semntara dan oohh ak dapat hahaha.
ReplyDeleteHaha, hargailah org tersayang..biarl lambat, asalkan selamat *tetibe je..haha
DeleteNak meleleh bila yg part last
ReplyDeleteHaha,ak pun tk percaya ak boleh luahkan mcm ni..:)
Deletesidi, kau buat aku teringat arwah atuk aku la ...
ReplyDeletetp ma selalu cakap, kalau rindu sedekahkan Al-fatihah dgn yasin banyak-banyak. in shaa Allah, arwah atuk tenang kat sana.
buat orang leleh la dia ni.
in sha Allah, sorry..t bermaksud pun..haha..:DDDD
DeleteSedih baq hang. Kau buat aku berfikir sekejap :')
ReplyDeleteberfikirlah molek..:D
ReplyDelete