Saturday, 14 June 2014

[Aqidah Injection]:{Bahagian 10}: Sifatun Anbiya'

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

In sha Allah, kita akan menghuraikan tentang sifat wajib, mustahil dan harus bagi para Rasul. Wajib ke atas setiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi rasul-rasul yang mustahil dan yang haru baginya. Maka sifat waajib dan mustahil itu terbahagi kepada 4 bahagian manakala sifat harus bagi rasul hanya satu jua. Bismillahirrahmanirrahim..

SIFAT WAJIB BAGI PARA RASUL

SIDDIQ

Adalah Siddiq itu ertinya benarlah segala yang dikhabarkan oleh Rasul dan bersetuju dengan kebenaran pada yang tiap-tiap yang disampaikan daripada Allah taala sama ada pada perkataan atau pebuatan. Lawannya ialah Kadzib iaitu pendusta iaitu tidak sama kata-kata mereka dengan wahyu Allah, maka ini adalah mustahil.

Dalil mentsabitkan rasul itu bersifat Siddiq itu ialah jikalau rasul-rasul itu dustaa nescaya jadilah apa yang dikhbarkan daripad Tuhan itu dusta. Kerana Allah taala telah membenarkan rasul-rasul itu dengan memberikan mereka pertolongan berupa mujizat dan juga firman-Nya “Benarlah hambaku (para rasul) pada tiap-tiap yang disampaikannya”. Maka mustahil Tuhan itu berdusta dan begitu juga dengan rasul.

Ketahuilah olehmu bahawasanya jika sekiranya ada berlaku daripada rasul-rasul itu keadaan yang dipandang pada zahirnya kurang baik atau menyalahi keutamaan seperti terlali maka itu ialah semata-mata tasyri’ iaitu untuk mengajar manusia. Adapun sahwu iaitu terlalai itu harus bagi para Rasul tetapi nisyan iaitu terlupa, maka itu mustahil bagi para Rasul.

AMANAH

Makna Amanah itu kepercayaan maka hakikatnya kepercayaan maka hakikatnya rasul-rasul itu terpelihara pada zhahir san bathin daripada melakukan perkerjaan yang haram, makruh dan khilaful aula daripada permulaan kejadian sehinggalah mereka wafat. Lawannya ialah Khianat iaitu tidak terpelihara daripada melakukan dosa, maka ini ialah mustahil.

Dalil aklinya ialah jika rasul-rasul itu tidak amanah nescaya jadilah para rasul itu khianat pada menyampaikan syarak Allah dengan mengerjakan perkara yang haram, makruh dan walaupun khilaful aula. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah al-A’raf ayat 27 bahawa, “Katakan olemu (Muhammad) bahawasanya Allah tidak menyruh kepada perkara yang jahat. Jika rasul itu khiana padahal Allah menyuruh untuk mentaati para rasul, maka jadilah Allah itu tidak benar, maka ini ialah mustahil.

TABLIGH

Makna tabligh pula ilah menyampaikan kesemua yang diperintahkan Allah taala kepada sekalian makhluk. Maka, hakikatnya kesemua Rasul bertanggungjawab mengajar syariat Allah kepada sekalian makhluk untuk menunjukkan kepada merak akan jalan kebahaaiaan dunia dan akhirat. Lawannya ialah Kitman iaitu menyembunyikan.

Dalil aklinya ialah jika Rasul itu bersifat menyembunyikan ilmunya, maka kita sebagai umatnya juga dipeintahkan untuk menuruti perbuatan Rasul itu. Tetapi tidak sah jika kita disuruh untuk menyembunyikan ilmu kerana orang yang menyembunyikan ilmu dikutuk oleh Allah.

FATHONAH

Ertinya ialah cerdik dengan sekurang-kurangnya mereka mampu menghentikan perkataan semua lawan dan berhujah dengan mereka serta membatalkan perkataan semua lawan dan berhujah dengan mereka serta membatalkan segala dakwaan plsu mereka. Lawan kepada sifat ini ialah bodoh maka ini adalh mustahil kerana di dalam al-Quran telah diterangkan bahawa mereka berkemampuan untuk mematahkan hujah lawan mereka.

SIFAT HARUS BAGI PARA RASUL 

Harus bagi semua nabi dan rasul bersifat dengan semua sifat manusia yang tidak mengurangan martabat kenabian atau kerasulan mereka yang tinggi seperti makan, minum, sakit dan bergurau yang dibenarkan. Maka apa yang ingin dihuraikan berkenaan sifat harus bagi Nabi ini terkandung di dalam 3 perkara;

1.      Mereka tidak bersifat dengan sifat ketuhanan
2.      Mereka tidak bersifat dengan sifat malaikat seperti tidak makan dan tidak minum.
3.      Mereka tidak bersifat dengan sifat manusia yng mengurangkan martabat kenabian dan kerasulan seperti semua perkara yang menjatuhkan maruah seperti;
·        Makan sambil berjalan
·        Kurang akal
·        Kekurangan nasab
·        Gopoh
·        Takbur
·        Buta
·        Sopak

KITAB-KITAB


Maksud kepada kitab ialah hokum-hukum, ajaran nasihat, kisah dan lain-lain yang mengandungi pelbagai hikmah yang diturunkan oleh Allah taala kepada para rasulNya. Kitab yang kecil dinamakan sebagai suhuf. Setengah ulama’ mengatakan ada 100 manakala yang lain mengatakan ada 110 suhuf iaitu;

1.      10 diturunkan kepada Nabi Adam
2.      50 diturunkan kepada Nabi Syith
3.      10 diturunkan kepada Nabi Ibrahim
4.      30 diturunkan kepada Nabi Idris
5.      10 diturunkan kepada Nabi Musa

Adapun kitab yang besar disebut sebagai kitab juga. Maka wajib bagi setiap mukallaf mengetahui dan percayakan dengan tafshil iaitu ada empat kitab;

1.      Taurat diturunkan kepada Nabi Musa di dalam bahasa Ibrani
2.      Zabur diturunkan kepada Nabi Daud di dalam bahasa Ibrani
3.      Injil diturunkan kepada Nabi Isa di dalam bahasa Suryani (Aramaic)
4.      Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad di dalam bahasa Arab

Kitab Zabur walaupun besar tetapi tidak mengandungi hukum-hukum hanya mengandungi perkhabaran, cerita-cerita, doa, zikir dan hikmah. Maka umat Nabi Daud mengikuti syariat Nabi Musa alaihissalam.

Kesemua kitab yang terdahulu yang tiga ini dimansukhkan dengan penurunan al-Quran.
Apakah sebenarnya itu kitab? Kitab-kitab merupakan kalam Allah yang azali yang tiada berhuruf dan bersuara diturunkan daripada Lauh Mahfuzh kepada suatu tempat bernama Baitul Izzah. Kemudian daripada Baitul Izzah dibawa Jibril sedikit demi sedikir kepada para anbiya’.

Taurat merupakan suatu kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa yang menyatakan hokum-hukum syarak dan iktikad yang sahih yang di dalamnya ada diberitakan kdatangan seorang Nabi dari keturunan Ismail dan membawa syariat baru. Taurat yang ada pada zaman ini telah dipinda dan diubah-ubah mengikut kehendak para Rabbi mereka.

Injil pula mengandungi hakikat-hakikat menyeru kepada mengesakan Tuhan dan memansukhkan beberapa hokum yang ada di dalam Taurat dan juga memberitakan kedatangan Nabi akhir zaman. Pada hari ini, Injil sudah dirosakkan dan ditukar mengikut kehendak paderi mereka.


Akhirnya, kita sudah menyempurnakan aqabah kedua daripada tiga aqabah di dalam ilmu akidah ini. In sha Allah, ruangan seterusnya akan menjadi rungan terakhir di dalam siri Aqidah Injection ini. Wabillahi taufiq..

*p.s. Ini merupakan night work pertama di UNIMAS. Selepas Isyak kami menyertai Majlis Maulid Bulanan di UNIMAS. Tausiyahnya cukup menyentuh jiwa, antaranya; sahabat akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat dengan tangan yang putus, dengan kemiskinan dan pelbagai lagi yang dikorbankannya untuk dipersembahkan di depan Allah. Kita, apa yang kita hendak bawa di hadapan Allah?

Maka, malam ini ambo ingin gunakan untuk merangka dan merancang pelan-pelan hadapan di UNIMAS. Berbeza dengan pusat-pusat pengajian yang lain, Pusat ASASI UNIMAS amat bebas dan Islam is on the losing side. Tiada kawalan dan warden, tiada orang ketuk pintu ajak ke surau. No one. Sebab tu ramai di sini terkejut beruk dengan budaya bebas ini. Even semasa tangan ini luncur menaip pada waktu ini (12.40), kebanyakan pelajar lelaki keluar kampus untuk menonton perlawanan bola.

Ambo sememangnya sudah berjanji untuk tidak memiliki apa-apa jawatan pada tahun ini, tetapi still semua orang boleh menggerakkan peranannya walaupun secara nominal. Ambo buat ini bukan nak ganjaran dan sebagainya. Bukan nak wanita gilakan ambo sebab ambo dah jumpa yang satu (ecece), bukan nak lecturer kenal dan nak orang tunduk hormat. Apa yang ambo nak is just semua orang nampak bahawa Islam ini yang terbaik..Allahurobbi..

No comments:

Post a Comment