Friday, 13 June 2014

[Aqidah Injection]:{Bahagian 9}: Aqabah Nubuwwah

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


42 simpulan iman telah kita huraikan. Setelah melalui beberapa ruangan yang mungkin membosankan dan memeningkan, anda masih di sini mencari ilmu yang lurus dan jalan menuju Allah taala. Ketahuilah telah datang warid bahawa ikan di laut dan malaikat-malaikat meminta keampunan bagi mereka yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu.

Kata Imam Ghazali, bidayatul hidayah iaitu permulaan bagi seluruh petunjuk ialah melalui ilmu. Melalui ilmu-lah kita menggunakan akal dan kaedah-kaedah syarak untuk mengeluarkan dalil naqli daripada al-Quran dan al-Sunnah untuk membina akidah yang mantap.

Alhamdulillah, kita sudah menyempurnakan Aqabah Ilahiyah iaitu perkara yang membincangkan tentang Ketuhanan. Maka ruangan ini khusus untuk menghuraikan tentang Aqabah Nubuwwah iaitu perkara berbangkit mengenai Kenabian.

Maka, baki 8 sifat itu terdiri daripada 4 sifat wajib bagi Rasul, 4 sifat Mustahil bagi Rasul dan 1 sifat harus bagi para Rasul. Namun demikian sebelum kita memperhalusi aspek-aspek yang dalam secara tafshil, marilah kita berkenalan dengan definisi Nabi dan Rasul  itu sendiri
.
NABI DAN RASUL
       
Lafaz Nabi itu asalnya daripada bahasa Arab iaitu  nubuwwah ertinya yang tinggi kerana tingginya martabat insan-insan ini daripada orang yang lain. Perkataan Nabi itu juga berasal daripada perkataan naba’  iaitu jalan, kerana para nabi ini membawa manusia lain ke jalan Allah taala.

Tetapi makna dari syarak ialah seorang lelaki yang merdeheka yang diberikan wahyu kepadanya dan ia beramal dengannya tetapi tidak diperintahkan untuk menyebarkannya.

Lafaz Rasul pula membawa makna utusan dan maknanya di sisi syarak hampir sma dengan makna Nabi tetaapi bezanya mereka diperintahkan untuk menyampaikannya kepaa umat yang diutuskan oleh Allah.

Maka dari makna daripada syarak kita dapat memperoleh beberapa ciri-ciri Nabi dan Rasl yang berguna untuk membuat ksimpulan atas beberapa perkara. Makna di atas diambil daripada Risalah Tauhid dan selari dengan apa yang terkandung di dalam Jauharul Tauhid.

1.      Lelaki maka mustahil seorang Nabi dan Rasul itu seorang wanita. Ini bukanlah suatu diskriminasi kaum kerana lelaki dipilih mengatasi wanita sebagai seorang Nabi atau Rasul bukanlah kerana akal lelaki lebih tinggi daripada wanita tetapi hanya kerana fitrah lelaki itu memimpin dan kudratnya lebih berkuasa daripada wanita. Penganugerahan ini tidaklah menunjukkan Islam ini tidak adil dan tidak membolehkan wanita untuk meraih martabat tinggi di dalam Islam kerana terdapat banyak bukti seperti Maryam, Asiah dan Rabiah al-Adawiyah yang kesemuanya merupakan orang yang dikasihi Allah.

2.      Merdeheka maka mustahil Nabi dan Rasul itu seorang hamba. Maka, tertolalah pendapat yang mengatakan bahawa Luqmanul Hakim seorang Nabi kerana beliau merupakan seorang hamba. Sekali lagi tidak menunjukkan sebarang diskriminasi cumanya status seorang lelaki merdeka mendapat perhatian kesemua kaum yang diutusnya. Syariat Islam itu sendiri menghapuskan perhambaan mutlak.

3.      Bani Adam maka menolak pendapat bahawa ada Nabi dan Rasul dari kalangan malaikat dan jin. Juga menolak pendapat melampau yang mengatakn haiwan juga mempunyai utusan dalam bentuk mereka sendiri. Malaikat tidak diutuskan utusan kepada mereka kerana mereka tidak memiliki akal dan sudah ditentukan untuk menjalankan suruhan Allah semata-mata. Jin pula juga merupakan sebahagian daripada golongan yang wajib mentaati perintah Nabi dan Rasul. Bezanya, menurut ulama Jin sudah ditaklifkan untuk melaksanakan suruhan dari penciptaannya sedangkan Bani Adam itu diwajibkan setelah cukup umurnya.

MUKJIZAT, KARAMAH DAN SIHIR


Kerja sebagai seorang Rasul dan Nabi sememangnya mempunyai dugaan yang banyak dan berat. Maka dikurniakan oleh Allah kepada para Rasul dan Nabi mukjizat yang seiring dengan zaman pengutusannya. Contohnya, pada zaman nabi Musa, sihir berlaku dengan berleluasa. Dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa berupa tongkat yang boleh bertukar menjadi ular yang sangat besar supaya dapat mengalahkan siihir-sihir yang lain dan menakjubkan semua orang akan kekuasaan Allah yang lebih hebat daripada tipu helah syaitan.

Mukjizat merupakan perkara yang lemah akal menusia daripada memikirkannya dan menyalahi adat yang dijadikan oleh Allah berlaku di atas tangan para Rasul.
Sihir pula merupakan perkara yang mencarik adat yang didatangkan oleh orang yang jahat menggunakan bantuan jin dan syaitan. Contoh seperti apa yang berlaku kepada Musailamah al-Kadzab, seorang Nabi palsu yang muncul setelah kewafatan Rasulullah. Apabila dia meludah ke dalam sebuah perigi, airnya menjadi kering secara tiba-tiba.
Karamah pula suatu perkara yang mencarik adat yang berlaku kepad orang-orang yang sholeh yang dikurniakan oleh Allah sebagai ganjaran di dunia.

AQABAH NUBUWWAH 

      
Wajib akan setiap mukallaf percaya bahawa Allah taala mengutuskan beberapa Nabi dan Rasul yang dijadikn sebagai rahmat kepada alam yang bermula dengan Nabi Adam dan diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW.


Menjadi suatu kewajiban kepada kita untuk mengetahui jumlah mereka secara ijmali iaitu kita mempercayai baha Allah mengutus Nabi dan Rasul yang biilangan sebenarnya hanya diketahui oleh Allah taala sahaja. Wajib juga kita mengetahui secara tafshili iaitu 25 orang Rasul yang jika diingkari akan salah seorang daripada mereka, jatuh kufurlah orang itu. Mereka ialah;

1.      Adam
2.      Idris
3.      Nuh
4.      Hud
5.      Sholeh
6.      Ibrahim
7.      Luth
8.      Ismail
9.      Ishak
10. Yaakub
11. Ayub
12. Yusuf
13. Syuaib
14. Musa
15. Harun
16. Zulkfili
17. Yunus
18. Daud
19. Sulaiman
20. Ilyas
21. Ilyasa
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa
25. Muhammad SAW

Semoga Allah meredhai mereka sekaliannya. Disebut di dalam kitab Zahratul Murid bahawa 4 orang Anbiya' masih lagi hidup hingga sekarang iaitu 2 di langit iaitu Nabi Idris dan Nabi Isa. Dan, 2 masih hidup di atas muka bumi iaitu Nabi Khidir dan Nabi Ilyas alaihissalam.

Disebut pula di dalam kitab Faridah al-Faraid bahawa yang rajih di sisi ulama ialah Khidir itu sebahagian daripada Nabi. Manakala Luqman dan Zulqarnain iaitu seorang raja yang sholeh daripada bangsa Himyar (Yaman) bukanlah seorang Nabi. Zulkarnain juga bukanlah orang yang bernama Iskandar al-Rumi (Alexander II) dan Khalid bin Sinan daripada zuriat Nabi Ismail juga bukanlah seorang Nabi. Beliau hidup 300 tahun setelah zaman Nabi Isa. Begitu juga dengan Hanzalah bin Safwan tidak dikira sebagai Nabi. Beliau hidup 100 tahun setelah Khalid dan dibunuh oleh kaumnya.

Bilangan Nabi yang hakikat tidak diketahui dengan jelas tetapi ada riwayat yang menyebut jumlah Nabi mencapai 124000 orang, Dan yang menjadi Rasul daripada sekalian Nabi itu hanyalah 313 dan yang wajib diketahui hanyalah 25 orang seperti tertera di atas.

Manakala, para Rasul yang menerima syariat ada 6 iaitu Adam AS, Ibrahim AS, Musa AS, Isa AS, Nuh AS dan Nabi Muhammad SAW.

ULUL AZMI

Dan telah bersepakat umat bahawa ada Rasul yng berpangkat lebih tinggi daripad Rasul yang lain yang digelar sebagai Ulul Azmi. Maksud kepada Ulul Azmi iaitu yang mempunyai matlamat yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Yang paling afdhal daripada sekalian Anbiya itu ialah Rasul kita Muhammad SAW kerana syariatnya kekal sehingga kiamat. Syariatnya memansukhkan (menggantikan) syariat para Rasul-rasul, sekalian umat manusia menjadi umatnya, dan baginda memberi syafaat fashul qadha’ iaitu yang memberi keputusan di hari kiamat, dan baginda juga ditimpa dengan pelbagai ujian dan tribulasi sepanjang perjalannya sebagai seorang Rasul.

Yang kedua terafdhal selepas Nabi Muhammad ialah Nabi Ibrahim kerana atas perintah Tuhan menyembelih anaknya sndiri iaitu Nabi Ismail dan kerana sabar ia dilontar oleh kaumnya ke dalam api.

Ketiga, ialah Nabi Musa kerana sabarnya atas kezaliman Firaun daripada masa kecil ia telah dimasukkan ke dalam tempat pembakar roti oleh Firaun tetai terselamat daripada terbakar.

Keempat ialah Nabi Isa kerana sabarnya daripada disakiti oleh orang Yahudi sehingga hendak dibunuh tetapi diangkat ke langit.

Yang kelima ialah Nabi Nuh kerana sabarnya akan apa-apa cemuhan dan kritikan yang dikemparkan oleh kaumnya selama 1000 tahun walaupun pengikutnya hanyalah sedikit.
Maka, mereka itulah yang digelar sebagai Ulul Azmi.

SALASILAH NABI MUHAMMAD.

Wajib bagi sekalian mukallaf untuk mengetahui sirah hidup Nabi Muhammad SAW iaitu tentang bangsanya, bondanya, ayahandanya, warna tubuhnya, hal kenabiannya, kerasulannya, tempat diputerakan, hal syariat dan perjalanan dakwahnya serta isi rumahnya.

Bangsa Nabi Muhammad ialah bangsa Arab dan Quraisy yang mulia. Keturunan baginda ialah Saidina Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutollib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Hakim (Kilab) bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Gholib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nazir bin Maad bin Adnan, maka yang wajib diketahui hanyalah sampai Qusay sahaja.

Berhubung Adnan di atas dengan Nabi Ismail putera kepada Nabi Ibrahim. Nenek moyang baginda menjadi raja Hijaz semenjak 122 sebelum Miladiah sehinggalah 538 Masihi.

Diputerakan junjungan kita SAW itu pada Subuh hari Isnin 12 haribulan Rabiulawak bersamaan 20 April tahun 571 Masihi dalam keadaan yatim lagi faqir maka dipeliharakan oleh Allah taala dan dikayakan serta dijaga oleh Allah taala akan perjalanannya dan santun sopannya sehingga jadilah baginda seorang muda yang berperangai baik dan mempunyai kelebihan dan sifat yang sempurna maruah dan mulia lagi pemurah, berani dengn sebaik-sebaik tingkah laku serta benar dan amanah. Dan tiada padanya kejahatan dan kelakuan yang cacat.

Adapun tempat diputerakan baginda di dalam negeri Mekah Mukarramah dan di Mekah juga baginda menjadi rasul tatkala berumur 40 tahun dan duduk baginda di Mekah selama 13 tahun kemudiannya berpindah ke Madinah al-Munawwarah dan tinggal di sana selama 10 tahun sehinggalah wafat pada 63 tahun.

Perjalanan hidup baginda sebagai seorang Rasul terakhir yang syariatnya memansukhkan syariat Nabi-nabi lain sememangnya banyak tapi cukuplah sekadar berimankan peristiwa Israk dan Mikraj di mana Nabi telah dijalankan pada malam Isnin 27 Rejab setahun sebelum Hijriah daripada Mekah ke Masjidil Aqsa sehinggalah mencapai Sidratul Muntaha dan menerima perintah solat 5 kali sehari semalam.

Putera baginda ada 3 orang iaitu Qasim, Abdullah yang bergelar Thayyib dan Ibrahim yang digelar at-Thohir. Puteri baginda ada 4 pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Fathimah, Ummu Kalthum. Maka puteri baginda bernama Fathimah itulah yang berkahwin dengan Saidina Ali yang mrupakan sepupunya Nabi dan memperoleh Hasan dan Husin.
Maka sekalian putera dan puteri baginda kesemuannya hasil perkahwinan baginda bersama Siti Khadijah al-Kubra kecuali Ibrahim yang merupakan anak Nabi bersama Mariah al-Qibtiyyah yang dihadiahan oleh Raja Muqauqis kepada baginda.

Isteri-isteri baginda pula bernama;

1.      Siti Khadijah al-Kubra
2.      Aisyah binti Abu Bakar
3.      Safiyyah binti Huyay
4.      Saudah binti Zam’an
5.      Hafshah binti Umar
6.      Maimunah binti al-Harith
7.      Ramlah binti Abu Sufyan
8.      Hindun binti Abu Umayyah
9.      Zainab binti Jahsy
10. Juwairiyah binti al-Harith

Maka inilah perkara yang wajib diketahui berhubung Nubuwwah.Adapun, 8 baki ismpuln iman akan dihuraikan dalam ruangan seterusnya .Wabillahi taufiq.


1 comment: