Thursday, 12 June 2014

[Aqidah Injection]:{Bahagian 8} : Completion of Ilahiyat

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Maka, in sha Allah inilah siri terkir bagi membincangkan Ilahiyat atau sifat-sifat ketuhanan di dalam cabang ilmu Aqaidul Iman. Kita sudah mengenali 3 kumpulan sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah taala yang tersebut, Nafsiyah, Salbiyah dan Maani. Inilah the final stretch iaitu membicarakan tentang sifat Maknawiyah dan terakhirnya ialah Sifat yang harus bagi Allah taala.

APAKAH ITU SIFAT MAKNAWIYAH?

Kalimah maknawiyah itu nisbah kepada makna. Sifat yang terkandung di dalam kumpulan ini ialah tujuh iaitu Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Samian, Kaunuhu Bashiran dan Kaunuhu Mutakalliman. Kumpulan ini dinamakan sebagai maknawiyah kerana ia melazimi (derived) sifat Maani. Maknanya, sifat maknawiyah ini merupakan natijah atau kesan daripada sifat Maani. Contohnya, Tuhan bersifat Mendengar maka natijah daripada Mendengar terbitlah Keadaan Tuhan yang Mendengar.

Sifat yang terkandung di dalam kumpulan ini ialah;

1.      Kaunuhu Qadiran iaitu keadaan Tuhan yang berkuasa mengadakan dan meniadakan. Lawannya ialah keadaan Tuhan yang lemah.
2.      Kaunuhu Muridan iaitu keadaan Tuhan yang mengkehendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. Lawannya ialah keadaan Tuhan yang terpaksa.
3.      Kaunuhu Aliman iaitu keadaan Tuhan yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Lawannya ialah keadaan Tuhan yang bersifat jahil akan sesuatu.
4.      Kaunuhu Hayyan iaitu keadaan Tuhan yang hidup lawannya ialah keadaan Tuhan yang Mati.
5.      Kaunuhu Samian iaitu keadaan Tuhan yang mendengar akan tiap yang sesuatu lawannya ialah keadaan Tuhan yang tuli.
6.      Kaunuhu Bashiran iaitu keadaan Tuhan yang melihat akan tiap-tiap sesuatu tanpa terselindung lawannya ialah keadaan Tuhan yang buta.
7.      Kaunuhu Mutakalliman iaitu keadaan Tuhan yang berkata-kata lawannya ialah keadaan Tuhan yang bisu.

*Menjelang ini, mungkin anda menyedari bahawa sesetengah sifat mustahil bagi Tuhan di dalam Bahasa Arab dan juga di dalam Bahasa Melayu. Tidak mengapa di dalam bahasa Melayu asalkan mengetahui sifat yang mustahil itu.

SIFAT HARUS BAGI ALLAH TAALA.

Adalah sifat harus pada hak Allah hanya satu iaitu “memperbuat segala ciptaan atau meninggalkannya” lawan kepada sifat ini ialah “wajib Tuhan memperbuat alam ini atau meninggalkan daripada menjadikan alam ini”.
Sesungguhnya Allah mempunyai pemerintahan di dalam kerajaan, maka bileh Dia memperbuat apa kehendaknya dengan tanpa boleh ditegah dan dibantah kerana tiap-tiap sesuatu yang ada di dalam alam ini perbuatan Tuhan.

Dan Tuhan juga menjadikan baik dan jahat, manfaat dan mudhorat, taat dan maksiat dan lain-lain daripada seala hal. Maka kesemua itu harus pada hak Allah. Tidak boleh dikatakan sebarang ciptaan Tuhan itu sebagai buruk dan kejam. Dan, Allah tidak mengambil manfaat walaupun sedikit daripada ketaatan hambaNya dan tidak juga memberi mudharat kepada Allah jika ciptaanNya tidak menyembahnya.

RECAP.

Maka, mari kita lihat semula kesemua sifat yang terkandung di dalam Ilahiyat iaitu Ketuhanan yang terdiri daripada sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah taala.

1.      Wujud iaitu ada lawannya ialah
2.      Adam iaitu tiada.
3.      Qidam iaitu sediakala lawannya ialah
4.      Huduth iaitu baharu.
5.      Baqa’ ertinyaa kekal selama-lamanya lawannya ialah
6.      Fana’ ertinya binasa.
7.      Mukholafatuhu lilhawadith ertinya tidak bersamaan Tuhan dengan segala makhluk dan lawannya ialah
8.      Mumathalatuhu lil hawadith iaitu bersamaan Tuhan dengan segala makhluk.
9.      Qiyamuhu binafsihi iaitu berdirinya Allah dengan sendirinya tanpa memerlukan zat dan sekutu lawannya ialah
10.  Ihtiyaj ilal Ghairihi iaitu berhajat Tuhan kepada yang lain.
11.  Wahdaniyat ertinya esa lawannya ialah
12.  An la yakuna Wahida iaitu berbilang-bilang.
13.  Qudrat ertinya berkuasa lawannya ialah
14.  ‘Ajzu ertiny lemah.
15.  Iradah ertinya berkehendak lawannya ialah
16.  Karohiyah ertinya terpaksa.
17.  Aliman ertinya mengetahui lawannya ialah
18.  Jahlun ertinya jahil.
19.  Hayyan ertinya hidup lawannya ialah
20.  Mautun ertinya mati.
21.  Sama’ ertinya mendengar lawannya ialah
22.  Shummun eritnya tuli.
23.  Bashir ertinya melihat lawannya ialah
24.  ‘Umyun ertinya buta.
25.  Kalam ertinya berkata-kata lawannya ialah
26.  Bukmun ertinya bisu.
27.  Kaunuhu Qadiran ertinya keadaan Tuhan yang berkuasa lawannya ialah
28.  Kaunuhu ‘Ajizan iaitu keadaan Tuhan yang lemah.
29.  Kaunuhu Muridan ertinya keadaaan Tuhan yang berkehendak lawannya ialah
30.  Kaunuhu Karihan ertinya keadaan Tuhan yang terpaksa.
31.  Kaunuhu Aliman yang bererti keadaan Tuhan yang mengetahui lawannya ialah
32.  Kaunuhu Jahilan ertinya keadaan Tuhan yang jahil.
33.  Kaunuhu Hayyan ertinya keadaan Tuhan yang hidup lawannya ialah
34.  Kaunuhu Maiyittan ertinya keadaan Tuhan yang mati.
35.  Kaunuhu Samian ertinya keadaan Tuhan yang mendengar lawannya ialah
36.  Kaunuhu Ashom iaitu keadaan Tuhan yang tuli.
37.  Kaunuhu Bashiran ertinya keadaan Tuhan yang melihat lawannya ialah
38.  Kaunuhu A’ma ertinya keadaan Tuhan yang buta.
39.  Kaunuhu mutakalliman ertinya keadaan Tuhan yang berkata-kata lawannya ialah
40.  Kaunuhu Abkam iaitu keadaan Tuhan yang bisu.
41.  Harus bagi Allah taala menjadikan atau meninggalkan daripada menjadikan alam ini lawannya ialah
42.  Wajib (terpaksa) bagi Allah taala menjadikan atau meninggalkan daripada menjadikan alam ini.

Alhamdulillah inilah 42 daripada 50 simpulan iman sepertimana terkandung di dalam kitab-kita seperti Faridah al-Faraid, Minhajus Salam, Risalah Tauhid, Misbahul Munir, Ikitikad Ahli Sunnah wal Jamaah  dan lain-lain.


Maka, apakah baki 8 simpulan ini sebelum sempurnalah iman mereka yang menuntut dengan sabar akan ilmu ini? Ketahuilah bahawa di dalam ilmu Aqaid ini,, terkandung 3 Aqabah atau milestone. Yang pertama disebut sebagai Ilahiyat iaitu ketuhanan. Kedua disebut sebagai Nubuwwat iaitu kerasulan dan ketiga ialah Sam’iyat iaitu perkara yang ghaib. In sha Allah, pada ruangan akan datang kita akan menghuraikan berkenaan Aqabah Nubuwwat. Wabillahi taufiq..:)

No comments:

Post a Comment