BIsmillahirrahmanirrahim...
al-Quran itu ubatan, Bagi mereka yang kesakitan,al-Quran itu ketenangan, Bagi mereka yang kesusahan
Rangkap di atas cukup menerangkan fungsi al-Quran. al-Quran adalah rahmat Allah yang diberi kepada umat Nabi Muhammad.. Berbeza dengan kitab-kitab karangan manusia lain, al-Quran adalah sempurna. Segala perkara yang kita perlukan ada di dalam al-Quran, cuma kita sahaja yang memandang rendah al-Quran. Orang yang memandang rendah al-Quran adalah orang yang sombong terhadap al-Quran. Apakah ciri-ciri orang yang memandang rendah kepada al-Quran? Orang itu adalah golongan manusia yang hanya membiarkan al-Quran sebagai hiasan.
Baiklah, kembali kepada tajuk asal. al-Quran sememangnya membawa ketenangan kepada sesiapa yang membacanya dan mendengarnya. al-Quran tidak akan memberi kesan jikalau kita hanya mendengarkannya, kerana al-Quran itu berbahasa Arab, yang jarang difahami kecuali orang-orang yang dipilih Allah. Sebaliknya, al-Quran itu lebih memberi kesan jikalau difahami maknanya dan diulang-ulang bacaannya. Tidak kisahlah bacaan kita sedap atau tidak, bacaan yang sedap hanyalah sebagai bonus. Yang penting, kita baca, fahami dan amalkan al-Quran.
Tetapi, seelok-eloknya, kita perdengarkanlah bacaan Qari dan Qariah yang merdu. Pada zaman ini, segala-galanya berada di hujung jari agar bacaan mereka dapat menyentuh hati kita dan memecahkan kekerasan hati kita.(tetapi yang terbaik, anda membaca sendiri, suara anda adalah paling terbaik). Rajinkan diri anda untuk mencari video dan bacaan al-Quran oleh para-para Qari dan Qariah ini. Dan, sambil mendengar bacaannya, anda bukalah Terjemahan al-Quran di Internet. Antara laman sesawang yang menawarkan khidmat ini adalah:
Dan, anda bolehlah membaca tafsir dan mendengar bacaan al-Quran sekaligus. Mudah-mudahan dengan pemahaman tentang surah yang dibaca berserta alunan qari yang meluluhkan jiwa, akan meningkatkan keimanan kita. Insya-Allah, Amin...http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
Dan, kepada anda yang inginkan bacaan al-Quran secara online dan interaktif, bolehlah berkunjung ke laman web berikut,
http://www.searchtruth.com/quran_recitation/recite.phpBaiklah, antara Qari dan Qariah yang saya gemari dan cadangkan ialah;
1.Mishary Rashid al-Afasy
Mishary Rashid al-Afasy adalah antara Qari yang banyak menyentuh jiwa semua orang dengan suaranya yang merdu....Boleh cari videonya yang lain, amat banyak sekali..
2.Imam Fadel Luton
Imam Fadel Luton adalah antara Qari di England yang bacaannya amat merdu, dan begitu menyentuh perasaan...
3. Ahmad Saud
Inilah Qari cilik yang suaranya meluluhkan jiwa..Masya-Allah, jikalau seorang budak kecil boleh belajar membaca al-Quran dengan begitu merdu sekali, maka kita juga harus tidak ketinggalan untuk mempelajari membaca al-Quran dengan lebih lancar..
4. Taha al-Junayd
Ini juga antara Qari cilik yang mempunyai bacaan yang mengagumkan...
5. Shuraim dan Sudais
Mereka mempunyai bacaan yang ringkas tetapi cukup jelas..(saya bukan pakar dalam ilmu taranum, tetapi saya amat menghargai mereka)..Syeikh Sudais dalm Doa Qunutnya telah membuatkan ramai orang menangis kerana auranya dan doanya yang disusun dengan doa yang indah... Di bawah adalah video Imam Sudais membacakan Doa Qunut...yang menumpahkan air mata...
6. Kamal Uddin
Nasyid Qari ini amat popular, terutamanya di England...Dan, kehebatan Kamal Uddin juga mendorong seorang remaja berumur 12 tahuh memeluk Islam..Masya-Allah.Di bawah ini, adalah video pengislaman seorang remaja di tangan Kamal Uddin..ALLAHUAKBAR!!!
Baiklah, ini sahaja yang mampu saya kongsikan. Tujuan saya mensenaraikan Qari-qari ini bukannya untuk merandahkan Qari yang lain (masya-Allah, saya tidak pernah berniat begitu)..sebaliknya, untuk mendorong anda mendekati Islam dengan bacaan mereka.Dan, semoga dengan mendengar bacaan mereka, bacaan kita pun menjadi lebih baik....Pastinya, ada yang lebih baik bacaannya dari mereka, itu adalah tugas anda untuk mencarinya..Saya sediakan jalan, anda berjalanlah atas jalan yang saya telah bina. Dan, yang penting kita jadikan bacaan al-Quran mereka sebagai amal ibadat kita dengan mendengar dan memahami bacaan mereka..Wallahualam
*p.s: Untuk kategori Qariah, anda boleh mencari Sumayyah ab-Deeb, seorang remaja tetapi bacaannya amat mengagumkan. Maafkan, saya kerana tidak dapat menampilkan videonya, kerana saya bimbang menjadi haram untuk saya mendengarnya. (Seorang senior yang berilmu luas, Abang Faiz Salimi, dengan murah hatinya menjelaskan kepada saya bahawa kaum lelaki tidak boleh mendengar bacaan perempuan. Semoga Allah memberkati Abang Faiz Salimi..:)..Amin)...
No comments:
Post a Comment