Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam rindu para pecinta ku tujukan kepada kekasihku, Muhammad
Khatimun Anbiya' SAW yang dengan darahnya, air matanya dan peluhnya, dengan
izin Allah, kita diberi kenikmatan memegang gelaran seorang Mukmin seterusnya
menjanjikan tiket ke syurga.
Baiklah, pada hari ini ambe ingin menanyakan tiga soalan
kepada diri ambe sendiri, dan mungkin kepada diri anda juga, jika anda berminat
untuk turut serta dalam kembara ini.
Jadi, soalannya berbunyi
Ø Tidakkah
persamaan yang kita kongsi sesama kita (sesama Muslim) cukup untuk mengelakkan
sebarang pertelingkahan antara kita?
Ø Apakah
yang menimbulkan sebuah pertengkaran walaupun kita berkongsi ciri-ciri yang
lebih jelas dan ketara lebih dari persamaan seorang kembar dengan saudara
seirasnya?
Ø Adakah sebarang penyelesaian dalam konflik
yang nampaknya sentiasa ada menghantui kehidupan kita?
Atmosfera ketika entri ini ditulis amat tertekan dan
merungsingkan. Ambe melihat begitu banyak emosi negatif yang dicurahkan ke
dalam Facebook. Ketahuilah bahawa segala perkara yang kita lakukan ini, akan
berinteraksi dengan alam melalui frekuensi yang dipancarkan oleh Reticular
Cortex. Frekuensi ini amat berkuasa, umpama besi berani menarik habuk besi
dengan kuat. Jika emosi positif dipancarkan ke alam, maka kita akan berasa
tenang, oleh sebab itu kita digalakkan untuk berdamping dengan orang sholeh,
kerana mereka ini tidak lagi dirundung kesedihan dan kerungsingan dalam hidup mereka,
kerana itulah janji Allah kepada waliNya.
“Ingatlah,
sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka
selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Dan, akan berlaku perkara yang sebaliknya, jika dicemari
dengan emosi negatif. Facebook kini menjadi sebuah lubuk syaitan yang dipenuhi
dengan lautan dan banjir emosi negatif, dan diri ambe yang introvert inilah
yang menjadi mangsanya. Sesetengah golongan manusia amat sensitif terhadap
perubahan atmosfera di sekelilingnya, dan akan menghasilkan reaksi yang cepat.
Jadi, persoalan pertama...
TIDAKKAH PERSAMAAN YANG KITA KONGSI ANTARA ISLAM CUKUP UNTUK
MENGELAKKAN SEBARANG PERTENGKARAN ANTARA KITA?
Saudaraku,pasangan kembar mungkin akan mengalami persamaan
secara biologi sebanyak 99 peratus, tetapi hakikat personaliti dan peribadi
mereka juga boleh berbeza sebanyak 180 darjah! Tetapi, agama ini, agama Islam
merupakan agama yang menghimpunkan pelbagai bangsa ke dalamnya. Tiada sesiapa
yang akan pelik di Malaysia jika seorang Afrika masuk ke masjid dan mengambil
wudhu'. Tiada sesiapa yang akan terasa terganggu jika melihat seorang lelaki
Kaukasia atau wanita Cina membuka al-Quran, malahan kita akan merasa tenang
lagi senang apabila melihat mereka. Apakah perasaan ini? Inilah nikmat
persaudaraan dalam Islam..Tapi, mengapakah kita tidak merasakan perkar ayang
sama terhadap rakan terdekat kita? Ini akan diterangkan kemudian.
Saudaraku, kebiasaannya, jika kita duduk bersama seseorang
yang asing dalam bas, jika kita mempunyai keberanian yang cukup untuk memulakan
perbualan dengannya. Apabila kita mendapati bahawa kita berkonsgi destinasi,
pasti secara automatik akan terbangkit sebuah perasaan tenang dan senang, atas
hakikat kita berkongsi sebuah desitnasi yang sama. Perbualan semakin rancak dan
gelak tawa mula bertukaran. Apabila turun dari bas, rupanya kita hendak emnuju
bangunan yang sama! Masya-Allah, pastinya akan lebih bersemarak perbualan kita.
Apakah yang ambe ingin tonjolkan? Jika kita mempunyai destinasi yang sama,
matlamat yang satu, kita akan menjadi selesa dengan orang itu. Wahai taulan,
kita berkongsi destinasi yang sama iaitu SYURGA dengan 1.6 billion orang lain,
tetapi kenapa apabila diseru untuk memboikot barangan Yahudi, kita memekakkan
telinga? Dan, mengapakah kita menjauhi saudara kita yang berbangsa Bangladesh
hanya kerana baunya dan status kewarganegaraan dan kerjanya? Adakah, kerana kita
berkukit putih, wangi, kaya dan "tuan" kepada tanah ini, menjadikan
kita lebih baik dari mereka? Wallahi, tidak sesekali..
Ambe pernah bertandang ke Masjid Sultan Ismail, Muar untuk
bersolat Jumaat. Ketika itu, maish awal lagi, maka datanglah seorang teman
memohon nasihat. Ketika ambe sedang memberi nasihat, dua orang lelaki berbangsa
Bangladesh merenung kami..Haha, apabila ambe menghayunkan tangan sebagai
penekanan nasihat ambe, makin bulat mata mereka mendengar. Setelah selesai,
salah seorang dari mereka menyapa kami dengan loghatnya yang pekat. Kawan sebelahnya
jelas tidak memahami bahasa Melayu kerana dia setia menguis janggutnya
sepanjang perbualan ini. Kami memperkenalkan diri masing-masing, dan dia dengan
ramahnya menceritakan pengalamannya sebagai Tabligh. Kemudian, tiba-tiba
perbualan terhenti dan suasana menjadi janggal. Tanpa berfikir panjang, ambe
pun bertanya," Abang ada anak, isteri kat sana? Berapa lama lagi duduk
sini?". Dia dengan senang hati (jelas pada raut mukanya) menjawab,
"Ada, ada. Itu tiap-tiap bulan saya kasi itu duit. Saya selalu pesan anak
saya, jangan putus (tinggal) solat. Bini saya pun saya cakap jangan putus
solat. Kawan-kawan saya, ada 50 orang semuanya tidak putus solat punya. Sudah datang
sudah. (DIa menunjuk ke arah barisan kawannya yang kebanyakan berada di saf
pertama dan kedua). Saya minggu depan permit sudah habis, saya balik punya. Tak
nak duduk haram".
Kemudian dia berkata," Kita, Melayu ka, Pakistan ka,
Bangla ka, takda beza. Kita 1 agama, 1 Nabi, 1 al-Quran. Tiada beza
punya!"
Kata-kata beliau mengharukan ambe. Berapa ramai dari mak
ayah kita yang konsisten berpesan kepada anak-anak mereka supaya jangan tinggal
solat? Berapa ramai orang Melayu yang kita rasa lebih tinggi dari orang lain
lepak di luar masjid, sehingga bilal memanggil iqamat barulah berpusus masuk ke
dalam? Dan, berapa ramaikah antara kita menjalankan amanah sebagai seorang
teman menasihati rakannya yang lain? Fikirkanlah, kesombongan dan ego telah
cukup meranapkan persaudaraan selama ini.
PERSOALAN KEDUA: Apakah yang
menimbulkan sebuah pertengkaran walaupun kita berkongsi ciri-ciri yang
lebih jelas dan ketara lebih dari persamaan seorang kembar dengan saudara
seirasnya?
Saudaraku, sepanjang kajianku ini, maka ada dua punca utama
yang menyebabkan pertelingkahan yang kedua-duanya melibatkan unsur utama dalam
juzuj manusia, iaitu hati, akal dan nafsu
i. Kekurangan penggunaan akal secara optimum
ii. Nafsu yang membutakan diri
Perhatikanlah dengan sedalam-dalamnya, bahawa Allah telah
memberi akal untuk membezakan kita dari manusia. Kita berkongsi ciri-ciri
luaran yang hampir sama dengan binatang, dan mereka juga mempunyai otak. Oleh
itu, frasa "gunalah otak!" tidak menepati keperluan seorang manusia
yang sihat kerana AKAL yang memuliakan manusia.
Jika kita tidak menggunakan nikmat akal ini, maka serupa
saja dengan binatang. Hidup binatang hanyalah makan, minum, mengawan dan
akhirnya menunggu untuk mati. Ini diterangkan oleh firman Allah sendiri,
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu
mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-A'raf-179)
Maka, mereka yang tidak menggunakan akal dengan baik, akan
bertindak seperti haiwan yang tidak mampu melihat penyelesaian lain kecuali
bergaduh.
NAFSU YANG MEMBUTAKAN DIRI
Para ahli sufi membahagikan peringkat nafsu ini kepada tiga,
iaitu Nafsu Ammarah, Nafsu Lawwamah dan Nafsu Muthmainnah. Sebenarnya, terdaoat
juga pendapat yang lain tentang tingkatan nafsu tetapi tidak mampu untuk
dibahaskan dalam konteks ini.
Nafsu Ammarah beraja di hati jika akal dan iman gagal
merasinalkan keinginan. Apabila nafsu ini beraja di hati, maka apa yang salah
itu, itulah yang baik. Tetapi, orang yang berda dalam peringkat ini tidak akan
merasakan secebis ketenangan sekalipun, kerana jiwanya sudah dilumpuhi dengan
kotoran mazmumah, sehingga menumpulkan deria lathifah rabbani, satu unsur murni
dalam jiwa kita. Tiada ketenangan, kepuasan, keadilan dan ketaqwaan. Jiwa
mereka seperti dikejar garuda bayangan, dan seperti adanya gunting dalam urat setiap
kali berjalan.
PERSOALAN KETIGA; Adakah
sebarang penyelesaian dalam konflik yang nampaknya sentiasa ada
menghantui kehidupan kita?
Dalam kes ini, ia memerlukan jawapan dan penyelesaian. Dan,
jawapan yang hakiki itu hanyalah dalam al-Quran dan al-Sunnah. Dan, kemudiannya,
ijmak dan kata-kata para ulama' yang juga bersandarkan dan terbit dari pemahaman
dalam mereka berkenaan dua sumber primer Islam ini.
Masalahnya, bukanlah al-Quran tidak mampu memberikan jawapan
kerana hakikatnya manusia itu sendiri yang meragui firman dan kuasa Allah. Ambe
pernah membaca sebuah artikel dahulu tentang seorang lelaki bukan Islam
diberikan senaskhah al-Quran terjemahan. Adat seorang lelaki yang tidak
diselarikan dengan cahaya Islam, dia sering merasa rungsing dalam kehidupannya.
Maka, digerakkan hatinya untuk membuku al-Quran. Ajaibnya, al-Quran memberikan
jawapan yang tepat kepada setiap permasalahannya, walaupun dia menyelak helaian
al-Quran itu secara random. Dan, akhirnya, beliau memeluk
Islam
Maka, jika Allah sudi untuk memberikan penerangan dan
pencerahan melalui firmanNya kepada sorang kafir, pastiNya Dia menjanjikan
perkara yang sama buat kita. CUMa manusia sahaja yang bertaut harapan kepada
sesuatu yang bukan dari Allah. Syeikh Zahir Mahmood pernah berkata,"Anda
keberatan untuk bangun Subuh, dan anda mengharapkan pertolongan Allah akan
tiba?"
Jadi, antara penyelesaian yang ambe dapat pikirkan buat masa
sekarang ini terbahagi kepada 3. Ketahuilah bahawa ini hanyalah dalam peringkat
teori lagi, yang segar dikeluarkan dari minda ini. Keberkesanannya tidak diuji
lagi, tetapi kita doakan yang terbaik. Amin
Ø Ibrah
Surah al-Hujurat
Ø Stag
Model
Ø Tahalli
IBRAH SURAH HUJURAT
Dalam surah al-Hujurat, terdapat beberapa tips yang bernas
yang dianjurkan oleh Alla subhanahu wataala sendiri kepada kita. Adalah rugi,
untuk kita membaca al-Quran beribu kali tetapi tidak terfikir untuk menggali
mutiara dan harta karunnya. al-Quran ini hanya dijadikan sebuah ritual tanpa
penghayatan dan aplikasi isinya. Sedih.
Ø Jangan
menyaringkan suara terhadap rakan yang lain.(ayat 2) Masing-masing ada
perimeter sosial yang tersendiri, jadi anda tidak tahu siapakah di antara rakan
anda yang sensitif terhadap suara yang tinggi. Jadi, perlahankan suara anda
kerana suara yang nyaring akan memberikan persepsi yang kurang enak kepada diri
kita.
Ø Bersabar
dalam pergaulan.(ayat 5) Masa ialah elemen yang penting, ia mematangkan buah
dan mematangkan diri kita juga. Jangan terlalu tergopoh-gapah dalam muamalat. Dakilah
gunung dengan cermat, kerana gunung itu tidak akan lari. Cuma andalah yang
menjadi penentu kejayaan misi itu.
Ø Menyaring
maklumat dengan cermat.(ayat 6) Zaman ini, zaman fitnah. Perkara yang tidak
benar mendapat liputan luas dan dipatenkan (Melodi dan sebagainya). Jadi, untuk
mengelakkan sebarang tekanan dalam perhubungan, bersangka baiklah dan
maafkanlah mereka.
Ø Menyukai
dan menyanjungi perbuatan baik rakan kita dan maafkanlah kelemahan mereka.(ayat
7). Janganlah disebabkan satu keburukan, kita melupakan kebaikan yang lain.
Tegurlah dengan hemat, dan berikan masa yang cukup untuk dia berubah. Jika anda
tidak mampu untuk menghabiskan sepinggan nasi dalam sekali suap, anda juga
tidak boleh memaksa mereka berbuat sedemikian.
Ø Bermuamalat
berteraskan iman. (ayat 7). Persahabatan yang terjalin berteraskan niat yang
jahat, amat rapuh umpama berumah di tepi pantai yang haro-hari ada amaran
tsunami.
Ø Jangan
menjadi pengadu domba,(ayat 9). Kita mungkin memikirkan bahawa kita akna
memperoleh keuntungan hasil melaga-lagakan orang lain. Hakikatnya, kita
menempah waktu kemusnahan. Berhati-hatilah
Ø Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah
pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (ayat 11)
Ø Berprasangka
baik.(ayat 12)
Ambe rasa, cukuplah sekadar ini dahulu perkongsian ini.
Sambungannya akan diteruskan jika ada kesempatan waktu dan masa. Semoga ilmu
ini memberi guna kepada diri kita semua, demi perpaduan umat Islam.
No comments:
Post a Comment