Thursday, 28 March 2013

[Lensa]: Simbolisme di sebalik Video I, Pet Goat II

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seorang teman yang prihatin mencadangkan ambe untuk melihat sebuah video yang merupakan analisa kepada sebuah filem pelik yang bertajuk "I, Pet Goat II". Tapi, setelah melihat analisanya, pembuat video terbabit sebenarnya memasukkan terlalu banyak tafsiran Biblikal ke dalamnya. Sebagaimana yangkita tahu, al-Quran banyak menceritakan bahawa goongan Kristian dan Yahudi terdahulu banyak menulis semula kitab-kitab itu dengan tangan mereka, mengikut kesesuaian dan kehendak mereka. Maka, ambe mengambil keputusan untuk tidak meletakkan link video terbabit.


Tetapi, setelah merasionalkan kembali tafsiran-tafsiran yang dibuat, ambe tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengan beberapa tafsiran simbolisme yang bebas dari bersangkut-paut dengan mana-mana agama. Ia merupakan sebuah simbolisme kepada kejadian-kejadian semasa dan juga kejadian akan datang. Jadi, persoalannya, bagaimanakah dan mengapakah pihak-pihak rahsia ini meletakkan simbol-simbol dalam media (filem dan sebagainya). Karna tidak dapat menjumpai mana-mana pendapat ilmuwan lain, maka di sini ambe bercadang tujuan mereka menonjolkan simbol-simbol mereka tidak lain tidak bukan sebagai sebuah bentuk pemujaan dan penyanjungan mereka terhadap "Tuhan" mereka, iaitu Syaitan.


Jadi, pertamanya, cuba anda lihat video "I, Pet Goat II" ini..





Kemungkinannya, anda tertanya, apakah tujuan filem ini? Filem ini mengandungi mesej yang dalam dan lucah seiring dengan cara kebanyakan penyembah syaitan ini menyebarkan propagandanya agar manusia semakin tersasar dari jalan Allah. Mereka akn menerbitkan filem-filem yang menawarkan adegan "ringan-ringan"tetapi cukup untuk membangkitkan perasaan berahi dalam jiwa manusia. Dan, juga melalui lagu. Dalam satu kes di Amerika, seorang bapa membunuh keluarganya (isterinya dan dua orang anaknya) setelah terpengaruh dengan bait lagu rap Eminem. Inilah penipuan yang dahsyat oleh puak penyembah syaitan ini.

Mari kita mulakan dengan tafsiran pertama..


Jadi, anda boleh lihat tafsiran yang saya sediakan di dalam gambar tersebut,,,Kambing secar auniversalnya melambangkan orang yang senang untuk dimanipulasi..Dan, adegan di atas menunjukkan penguasaan minda manusia dan penguasaan undang-undang manusia yang mengatasi kuasa Allah..




Adegan seterusnya menunjukkan sebuah tangan misteri yang bermain anak patung. Di cincinnya, terdapat tanda $ yang bermaksud "Satan". Dan, memang kerja syaitan untuk mempermainkan manusia, dengan mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan menterbalikkan akal manusia. 




Dan, rupanya anak patung yang dimainkan ialah George Bush. Sebuah figura yang amat dibenci oleh Dunia Islam atas dasarnya memerangi sahabt kita di Timur Tengah tanpa sebab yang kukuh. Mereka bertandang ke Iraq, membunuh 1 juta orang atas tujuan "mencari Senjata Pemusnah Besar-Besaran", dan apabila mereka tidak menjumpainya, mereka hanya berkata ":Minta Maaf". Semoga Allah melaknati mereka!

Di adegan di atas, terdapat gambar penis dan semen. Ini melambangkan dunia Amerika yang makin lumpuh akibat jenayah seks di negara mereka (zina, rogol).  Dan, di atasnya, terdapat carta evolusi manusia yang direka oleh Darwinisme, yang ternyata salah. Ambe fikir masa yang ada tidak cukup untuk menafikan  teori bodoh ini. Apapun, tujuan utama teori ini diadakan ialah, untuk membentuk sebuah mindset bahawa "Anda seorang monyet, anda tidak perlu risaukan apa-apa. Berseronoklah dalam kehidupan sebagaimana monyet!!". Dan, untuk melupakan manusia tentang fitrahnya yang sebenar sebagai hamba Allah dan menggantikannya dengan dunia materialisme. 


Terdapat juga, orang yang digantung kerana gagal mengeja perkataan "Evolution" yang melambangkan kegagalan orang itu mendoktrinkan dirinya dengan falsafah Darwin ini, dan akibatnya akan dibunuh. Untuk mengukuhkan iman kita dan memberi hujah yang konkrit untuk melawan falsafah karut ini, ambe cadangkan para pembaca untuk membaca buku karangan Harun Yahya yang padat memberikan hujah bernas mematahkan secara menyeluruh falsafah seorang yang meracau dan meroyan bernama Charles Darwin.




Tanda syaitan ini atau panggilan yang "dimesra-penggunakan" ialah lambang syaitan. Ia dibuktikan digunakan dalam ritual penyembahan syaitan, maka dikira sebagai amalan agama lain. Maka, haramlah untuk kita tasyabbuh perbuatan ini setelah kita mengetahui rahsia gelap d sebalik simbol ini. Lebih lanjut tentang simbol Yahudi, belilah buku Rahsia Simbol Yahudi karangan Ibnu Yaacob.



Selepas itu, watak Bush bertukar sebagai Obama. Menunjukkan bahawa watak telah bertukar ke tangan Obama. 

Dan, ini juga merupakan sebuah simbol sejagat dalam dunia penyembahan Syaitan.



Kepala terapung itu melambangkan sektor pembankan dunia yang mencengkam dunia melalui manipulasi wang dan riba'nya.


Dan, ini pula merupakan sebuah pelambangan Jesus, tetapi dalam bentuk yang lebih gelap dan negatif. Ini menunjukkan bahawa orang Kristian dan Yahudi akan menunggu kedatangan seorang Penyelamat yang dianggap akan mengembalikan kegemilangan mereka, dan mematuhi segala perkara yang tertulis dalam kitab mereka yang telah diubah oleh ejen-ejen Dajjal. Dan, akhirnya, mereka akan tersedar dari penipuan ini tetapi terlampau terlambat. Dajjal akan dibuuh oleh Nabi Isa yang sebenar dan seluruh bangsa Yahudi akan dihukum..Ini, terdapat dalam buku Jerusalem in the Quran karangan Imam Imran N. Hosein..

SIMBOLISME LAIN...

Gambar Osama bin Laden, berbaju CIA dan berkepak hitam- Menunjukkan bahawa identiti Osama bin Laden ialah seorang ejen perisikan CIA. Pendapat peribadai ambo ialah, Osama bin Laden dulunya seorang pejuang Islam yang banyak melaburkan jasa di Afghanistan, tetapi telah wafat pada 2001. Sejak dari hari itu, wataknya telah dimainkan oleh CIA sebagai sebuah simbol keganasan dalam agama Islam. Ini sepertimana terkandung dalam  Operation False Flag.

Gambar Statue of Liberty bergabung dengan Star of David- Menunjukkan perikatan Amerika-Israel. Laporan menunjukkan bahawa Amerika menghabiskan berbillion dolar setahun dalam "sedekah"nya kepada Israel. Ini akan mengundang kemusnahan ekonomi yang teruk, dan akhirnya Amerika akan musnah dalam plot dimainkan oleh Yahudi, dan seterusnya ruling state di dunia akan diganti oleh Israel (Jerusalem in the Quran, Imam Imran N. Hosein)

Orang Afrika, Orang yang tenggelam dalam asid memegang sabit dan tukul, dan Gadis berbaju harimau- menunjukkan kekalahan Afrika, Rusia dan China. Ketiga-tiga ini mepunyai potensi besar dalam menggugat misi Amerika, oleh itu mereka harus dimusnahkan.

Sekian, sahaja tafsiran yang mampu ambe berikan. Semoga bermanfaat dan akan meneguhkan lagi iman kita kepada Allah dan Islam..Amin..

   “Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” (Q.s. an-Nahl: 99-100).


Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (an-Nisa,76)

No comments:

Post a Comment