Monday 17 October 2011

Meneroka Identiti Yakjuj dan Makjuj (Part 1)


Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah pembacaan dan kajian yang telah ku lakukan, telah dapat ku rumuskan bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai ciri-ciri di bawah. Melalui ciri-ciri di bawah, kita akan dapat menyelidiki dan seterusnya mengetahui, siapakah Yakjuj dan Makjuj tersebut.

Ciri-ciri Yakjuj dan Makjuj

§                                                                                                                                        Mereka adalah manusia, yang berasal dari keturunan Yafits bin Nuh
            Seperti yang kita ketahui, pada zaman Nabi Nuh alaihissalam, berlakunya satu banjir besar di  Mesopotamia yang disebut dalam al-Quran. Dan seperti mana yang kita maklum, semua manusia lemas dalam banjir tersebut melainkan manusia yang beriman. Setelah banjir surut, kapal nabi Nuh mendarat di Jabal Judi. Dan kemudiannya keturunan Nabi Nuh iaitu keturunan Sam, Ham dan Yafits mula berkembang. Mengikut kajian dan pandangan sejarahwan dan ulama, Sam melahirkan keturunan Semit, iaitu keturunan Arab dan Yahudi. Nabi Ibrahim, Yaaqub dan Ismail adalah keturunan Sam bin Nuh. Manakala, Ham adalah bapa kepada bangsa yang berkulit hitam, iaitu Afrika. Dan, Yafits melahirkan keturunan bangsa Turki, Scythia, Arya, Hun, Xiongnu dan Mongol.

             Setelah beberapa waktu, keturunan Nuh beranak pinak dengan damainya, berlaku kebuluran yang dahsyat. Oleh itu, seluruh keturunan manusia berhijrah. Keturunan Sam berhijrah ke Arab,Syria, manakala keturunan Ham berhijrah ke afrika dan keturunan Yafits berhijrah ke arah utara bumi, iaitu di sebalik Pergunungan Kaukasus dan padang rumput eurasia. Inilah permulaan Yakjuj dan Makjuj, iaitu keturunan Yafits bin Nuh

             Keturunan Yafits bin Nuh iaitu bangsa-bangsa yang tinggal di sebalik Pergunungan Kaukasus iaitu di kawasan Rusia hidup secara nomad. Mereka menternak ternakan, oleh itu ternakan adalah hidup mereka. Mereka bergerak di padang rumput Eurasia untuk mencari rumput buat ternakan mereka. Dan, keturunan Yafits bin Nuh adalah bangsa pertama yang berjaya menjinakkan kuda iaitu sekitar 3000 SM.Kuda menjadi begitu penting buat mereka kerana dengan bantuan kuda mereka dapat mengawal ternakan yng lebih besar dan seterusnya menjamin survival mereka. Oleh kepakaran mereka menaiki kuda, mereka digelar bangsa berkuda.

             Satu kemarau yang dahsyat telah berlaku di padang rumput Eurasia. Terdesak untuk mencari makanan, bangsa Yakjuj dan Makjuj ini iaitu suku Aryanomad, Scythia, Hun, Mongol, Tartar keluar dari padang rumput mereka untuk mencari tempat baru. Lalu, keluarlah mereka dari tembok mereka iaitu pergunungan yang menjalar dari pergunungan Carpathia di Eropah ke Tembok Besar China ( Tembok Besar China telah dibina untuk mengelakkan dari serangan bangsa Yakjuj dan Makjuj dari suku Xiongnu).


Pahlawan Arya
              Terdapat lima gelombang keluarnya Yakjuj dan Makjuj, iaitu yang pertama adalah keluarnya Yakjuj dan Makjuj dari suku Aryanomad menyerang tamadun yang berda di Sungai Indus. Serangan suku Arya nomad iaitu Yakjuj dan Makjuj ke tanah India sekitar 2100-1200 SM. Banga Ayranomad ini menerobos keluar dari p'tembok' mereka iaitu penghalang semulajadi di Pergunungan Hindu-Kush. Keluarnya mereka menyerang Mesopotamia dan tamadun Sungai Indus. Kesan dari serangan mereka, adalah suku Hyksos dihalau dari Mesopotamia dan suku Hyksos ini menyerang Mesri. Kesan kedua, adalah penaklukan mereka ke atas India telah mewujudkan sistem kasta yang berasaskan warna. Oleh kerana, suku Aryanomad ini rupanya seperti orang Eropah (oleh kerana berasal dari kawasan Rusia), maka suku arya ini menjadi Brahman dan Ksatria iaitu kasta yang paling tinggi, manakala penduduk peribumi India yang berkulit hitam menjadi kasta Sudra iaitu kasta terendah.


Scythia
                 Gelombang kedua; Serangan suku Scythia-Cimmeria ke Timur Tengah abda 8-3 SM. Sebagaimana yang telah diterangkan, suku Scythia juga berasal dari keturunan Yafits bin Nuh. Suku Scythia ini mengganas kerana berlaku kebuluran di padang rumput Eurasia. Oleh itu, Scythua mengganas sehinggakan sanggup memerangi suku sebangsa mereka, iaitu suku Cimmmeria. Akibatnya, suku Cimmeria ini keluar melalui Pergunungan Kaukasus dan menetap di Yunani. Setelah itu, suku Scythia ini telah keluar untuk mengganas di Timur Tengah dan menyerang suku Hitti di Urartu. Kemudiannya, mereka mengganas di Samaria, iaitu kerajaan Israel Utara.
               Setelah nabi Sulaiman wafat, kerajaan Israel berpecah kepada dua kerajaan iaitu kerajaan Efraim,atau kerajaan Israel Utara yang berpusatkan Samaria dengan kerajaan Israel Judea yang berpusatkan di Jerusalem.Kerajaan Israel utara makin jauh dari ajaran nabi Musa dan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman apabila mereka menyembah Baal iaitu dewa kaum Kanaan. Kesesatan mereka sudah diberi amaran oleh beberapa nabi seperti Amos. Namun amaran Amos tidak dihiraukan malahan dihalau oleh penduduk Israel Utara. maka, azab Allah turun berupa serangan dari kerajaan Assyria pimpinan Sargon II yang dibantu oleh suku Cimmeria mengepung dan menghancurkan kerajaan tersebut. hanya 10 percent populasi suku Israel dibiarkan hidup. Sebanyak 10 suku israel dibuang negeri dan hilang tanpa dijejaki dan mereka digelar sebagai "The Ten Lost Tribe of Israel".

Gambaran Ninewe
               Serangan bangsa Yakjuj dan Makjuj scythia di Timur Tengah amat membinasakan. mereka menyerang dan memusnahkan beberapa kerajaan seperi, Assyria. Ketika mereka menyamun dan merompak ibu negara kerajaan Assyria iaitu Ninewe, mereka meminum darah orang pertama yang mereka bunuh. Dan orang-orang yaang mereka bunuh dipenggal dan dipersembahkan kepada raja mereka sebagai tanda mereka layak mendapat harta rampasan perang. Tidak cukup dengan itu, mereka akan menyiat kulit kepala mangsa mereka dan diletakkan di tali kekang  kuda mereka.
                 Mereka menyambung keganasan mereka dengan menakluk Jerusalem pula.Amaran Nabi Jeremiah ke atas Bani Israel akan kedatangan pasukan Yakjuj dan Makjuj ini tidak dihiraukan, malahan dipenjarakan oleh Bani Israel. Maka, allah menurunkan bala ke atas mereka merupakan kehancuran jerusalem. Maka, ketika  Jerusalem ditakluk dan dihancurkan, Raja Israel, Raja Zedekiah dibutakan dan seluruh keturunan Raja Zedekiah disembelih di hadapan beliau.

Saxons
                   Akhirnya pada era Alexander the Great, barulah suku Scythia ini dikalahkan di peperangan Gaugamela. Namun saki baki Schythia ini masih ada....mereka hidup sebagai suku  Saxons. Siapakah suku saxon ini? mereka adalah nenek moyang bangsa Eropah.. Sama juga suku Aryanomad  yang hidup sebagai nenek moyang kaum Jerman...Sama juga sepertu suku Magyar (juga sebahagian dari suku Yakjuj dan Majuj) yang menjadi nenek moyang kaum Hungary..Sama juga seperti bangsa Khazars (juga sebahagian dari Yakjuj dan makjuj) yang menjadi sebahagian besar dari kaum Yahudi pada hari ini..Jadi, sudahkah anda dapat klu sedikit tentang siapakah Yakjuj dan makjuj? wallahualam...

No comments:

Post a Comment