Monday 10 October 2011

Memandang Masa Hadapan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,PMR sudah berakhir.Semasa habis paper Kemahiran Hidup yang merupakan paper terakhir,semua orang kelihatan  gembira selain saya. Tentunya  masa itu baru bangun tidur,jadi tak dapatlah nak gembira sangat tetapi aku sedar bahawa satu episod yang nak berakhir sebenarnya merupakan episod yang baru.Jadi,aku tidak patut gembira berlebihan akibatnya, aku menjadi lalai kepada Allah.

Berakhirnya PMR bermakna ada banyak ruang dan peluang ntukaku menyambung dakwahku yang sebelumnya terhalang dek PMR. Ada banyak aktiviti yang aku rancang untuk memantapkan lagi ilmuku dan teknik dakwahku. Antara program yang aku bercadang untuk menyertai;

  • Pertandingan Bola Tampar ASAT. Huhu, aku sebenarnya tidaklah begitu berkebolehan dalam sukan.Seingat aku, aku merupakan kaki bangku dan hanya tahu membaca buku sahaja.Tapi,sejak memasuki AKSB, terbuka pula hati untuk beriadah bersama rakan-rakan lain.Jadi,pendeknya aku merasai bahawa sukan bola tamparlah yang sepadan dengan diri ini walaupun kadang-kadang buat 'slack'. Jadi,aku menyertai ASAT dengan tiket bola tampar semata-mata untuk berseronok dan mencari pengalaman. Maksud berseronok bukanlah bermakna tidak serius, sebaliknya aku memasuki bola tampar dengan niat untuk melepaskan stres dan beriadah. Aku bukanlah jenis yang suka mendesak dan serius dalam permainan sehingga tidak terasa kemanisannya. Tetapi,berkenaan ASAT ini ada sedikit khilaf. Semenjak memasuki skuad bola tampar, aku cuba untuk buat yang terbaik walaupun aku tidak sehandal mana.  Aku berpegang kepada prinsip semua manusia melakukan kesalahan dan kecuaian walaupun mereka tidak mahu melakukannya.Tapi, insya-Allah aku akan melakukan yang terbaik, tapi semua orang tidak boleh bekerja di bawah tekanan. Apapun, kata abang Aiman Ariffin, life kena happy. Amat mengagumkan kerana beliau gagah tersenyum walaupun dilanda turbulasi.

  • Konferens Dunia Islam:Dunia Menuju Khilafah pada 30 Oktober 2011. Semasa pertama kali aku mendengar tentang konferens ini, hati berkobar-kobar untuk menyertainya.Minatku dan tema dakwahkuu kebanyakannya berksarkan mengembalikan identiti  Islam dalam diri semua muslim. Dan,Khilafah merupakan identiti umat Islam umpama payung yang memayungi semua umat Islam. Aku ingin sekali menyertai konferens ini yang diadakandi Hotel Nouvelle yang begitu hampir dengan rumahku.Tetapi,sekalilagi aku berdepan dengan konfrontasi. Pertama, aku hanya seorang remaja.Walaupun, pada risalahnya mencatatkn Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir, aku bimbang gerakan ini sama sahaja dengan gerakan yang lain yang mana sering melabel golongan remaja sebagai seorang yang mentah, tidak matan dan sampah masyarakat. Umum harus mengetahui bahawa mereka tidak hidup selamanya.Lambat laun,mereka terpaksa berundur dari medan perjuangan. Jadi,kekosongan itu akan diisi oleh golongan muda, iaitu remaja.Tetapi, jikalaulah wujudnya diskriminasi antara golongan sedia ada dengan remaja, bagaimanakah kekosongan itu akan diisi? Hasilnya, golongan remaja akan berputus asa dengan Islam dan mencari gaya hidup lain yang menyimpang. Siapa yang rugi?

  • Program Tazkirah di AKSB dan Sekitarnya. Aku sebenarnya tidak mengetahui apa hebatnya dalam tazkirahku. Kalau nak dibandingkan    dengan Ustaz Kazim Elias ataupun Ustaz Azhar Idrus,mereka ternyata lebih hebat dariku. Apapun,aku berdiri dan menyampaikan tazkirah dengan tujuan untuk menzakatkan ilmuku sebagaimana yang dianjurkan oleh Syeikh Abdul Qadir   al-Jilani. Di AKSB, saya mengendalikan slot Tazkirah Digital  dan Usrah Perdana. Tetapi,kemunculanku yang kerap   membuatkan  aku  berasa janggal dan segan.Oleh itu, aku sebenarnya bercadang untuk melatih penggantiku dan menggalakkan peajar Aspura untuk ke depan. Alhamdulillah, beberapa pemuda telah menyahut seruanku dan sudah mula untuk ke depan,  antaranya Adam Hakimee. Tahniah dan semoga Allah memberkati dirimu!!

  • Tabligh atau Tahfiz? Sebagai seorang insan yang tidak  sempurna, aku sentiasa merasakan bahawa diri ini ada terlampau banyak kelemahan. Pada tahun ini,aku merumuskan bahawa aku perlu belajar mengawal kemarahanku. Haha, ada banyak insiden yang berlaku di mana aku menengking,memarahi dan menyindir orang, terutamanya Aspuri. Astaghfirullah, semoga Allah  mengampuni dosaku. Beberapa mentorku seperi abang Arib Ismail, abang Salam, abang Faiz Salimi berulang-ulang kali menasihati diriku tetapi tetap kemarahan sukar untuk dikekang. Aku sudah berjanji dengan ibu bapaku untuk menghantar aku ke gerakan Tabligh atau Tahfiz sebagai hadiah PMR. Maksudnya, aku tidak akan meminta apa-apa jikalau aku mendapat 8A sekalipun.Tidak mengapa, material akan hancurkerana ia bersifat fana, tetapi ilmu tidak akan pernah hancur. Aku juga ingin menyertai kedua-dua gerakan ini, kerana aku ingin mencari ketenangan. Suasana di asrama dan rumah tidak begitu  sesuai untuk diriku. Aku ingin lari dari semua ini dan bergaul dengan orang-orang yang soleh. Aku sudah tidak tahan duduk di suasana bandar ini...
p.s: Haha, rasanya ini sahajalah perancanganku buat setakat ini. Moga-moga usahaku ini akan meningkatkan lagi kualiti dakwahku dan dapat menarik lebih ramai orang kepada Islam.Insya-Allah, wallahualam..

No comments:

Post a Comment