Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ayah Juga Lupa adalah antara tulisan-tulisan pendek yang ditulis dengan perasaan yang tulus, dan menyentuh hati begitu ramai pembaca sehingga menjadi artikel yang diulang cetak berkali-kali dan disukai sepanjang zaman. Sejak Ayah Juga Lupa diterbitkan kembali, menurut kata penulisnya, W. Livingstone Larned, "Dalam ratusan majalah dan akhbar di seluruh negara, artiekl ini diulang cetak hampir dalam semua bahasa yang ada. Saya ,mengizinkan ribuan orang datang membacanya dari sekolah hinggalah ke bilik kuliah. Tulisan ini tersiar dalam ancangan dan program-program radio yang tidak terhitung jumlahnya. Sungguh menghairankan apabila jurnal akademik dan majalah sekolah menengah juga menerbitkannya. kadang-kadang tulisan pendek bisa mencetuskan fenomena. Tulisan ini sudah pasti".
Dengar anakku. ayah hendak berpesan pada saat kamu
terbaring tidur dengan sebelah tangan kecilmu terletak di bawah pipimu dan
rambutmu yang kerinting terlekat pada dahimu yang lembap. Ayah menyelinap masuk
ke dalam bilik tidurmu. Baru beberapa minit yang lau, ketika ayah membaca surat
khabar di perpustakaan, perasaan kesal yang mendalam datang menerpa. Dengan
perasaan bersalah, ayah datang menghampiri katilmu.
Ada pelbagai perkara yang ayah fikirkan. Anakku, selama
ini ayah bersikap kasar denganmu. Ayah membentakmu ketika kamu sedang
berpakaian ke sekolah kerana kamu cuma menyeka mukamu sekilas dengan tuala.
Ayah menghukum kamu kerana kamu tidak membasuh kasutmu. Ayah menjerit marah
kerna kamu membaling barangmu ke lantai.
Semasa sarapan, ayah mencari kesalahan kamu. Kamu
menyemburkan makananmu. Kamu menelan makananmu tanpa mengunyah terlebih
dahulu. Kamu meletakkan sikumu di atas meja. Kamu menyapu banyak mentega di
atas rotimu dan apabila kamu keluar bermain dan ayah meninggalkan rumah ke
kereta api, kamu berpaling dan melambaikan tangan sambil berteriak,"Selamat
jalan ayah!". Ayah mengerutkan dahi dan menjawab,"Tegakkan
bahumu!!!".
Kemudian. semua itu berulang lagi pada waktu petang.
Ketika ayah menyusuri jalan, ayah menghendapmu yang sedang membongkok dengan
kedua-dua kakimu di atas tanah, bermain guli.. Ada lubang pada stokingmu. Ayah
memalukan kamu di hadapan kawan-kawanmu dengan memaksa kamu berjalan di hadapan
ayah pulang ke rumah. Bayangkan itu anakku. Itu yang keluar dari fikiran ayah.
Adakah kamu masih ingat ketika ayah sedang membaca di perpustakaan. Bagaimana kamu datang dengan perasaan takut-takut dan sinar luka
terpancar dari matamu? Ketika ayah mengangkat muka sewaktu sedang membaca surat
khabar, terganggu dengan kehadiranmu, kamu teragak-agak di hadapan
pintu."Kamu hendak apa?!", jerkah ayah.
Kamu tidak berkata sepatah pun melainkan berlari dan
melompat ke riba ayah. kamu memeluk leher ayah dan mencium ayah. Tanganmu yang
kecil memeluk dengan erat dan hangat. Kehangatan yang Tuhan tetapkan begitu
mekar di hatimu dan sebarang pengabaian tidak da[at melenturkannya. Kemudian,
kamu pergi dan ayah terdengar derap tapak kaki kecilmu menaiki tangga.
Kawan-kawanku, semua manusia itu diciptakan pelupa. Itulah asal nama perkataan insan, iaitu lupa dalam Bahasa Arab. Dalam pembesaran kita ke arah dewasa, kadang-kala hidup ini terlampau berserabut dan perit, sehinggakan perwatakan kita yang dahulu ceria dan peramah sewaktu di bangku persekolahan bertukar menjadi seorang profesional yang perengus dan pemarah. Tidakkah kita rindu waktu sekolah dahulu, di mana senyuman tidak pernah lekang dari mulut kita?
Adakah dunia ini sedang mengubah kita? Jikalau ya, biarlah dunia ini mengubah kita ke arah yang lebih positif. Cerita "Ayah Juga Lupa" merupakan sebuah cerita klasik sewaktu zaman 30-an di mana anak-anak kecil pada era itu mampu berfikir rasional dan penuh ketulusan, menyebabkan dia mengekspresikan kasihnya terhadap ayahnya dengan cara yang ajaib dan tidak memerlukan kata-kata! Martin Luther King mengubah dunia dengan pidatonya tetapi kanak-kanak ini mengubah dunia dengan sebuah pelukan! Sungguh ajaib, bagaimana keikhlasan dan ketulusan masih mendapat tempat dalam hidup manusia.
Ya, saya juga pernah kecewa dengan dunia ini. Sahabatku, saya membesar tanpa ibu bapa menyokong di sisi dan prospek ini membuatkan saya berazam untuk menjadi orang yang paling pendiam dan serius di dunia ini. Dan, apa yang saya dapat? Tidak apa-apa, melainkan kesengsaraan! Allah itu amat bijak, menyelitkan hikmah dalam kesengsaraan, tetapi manusia tidak melihatnya.
Menjadi seorang pemimpin, saya tidak dapat mengelakkan diri daripada mengkritik. Saya fikir itu ialah satu kemestian. Tapi, setelah meletakkan diria ambe dalam "kasut" mereka, kini ambo mengerti...:)
Setiap hari, apabila buku falsafah menyusut kepalaku dan kekasihku yang ku ingin menyuntingnya sebagai teman hidupku semakin jauh dalam dakapan orang lain, ambo keluar dari rumah terkutuk ini dan mengayuh basikal tuaku. Basikal itu berkeriut kuat, sehinggakan kutu-kutu jalanan tergelak melihat ambe. Ambe tidak kisah, ambo harus mengadu kepada Yang Kuasa! Tiba di surau, sepi dan kosong. Tetapi, ambo tahu, ambo bersama Allah!! Biarpun seperti batu dan rigid di mata orang, tetapi di hadapan Tuhan, ambo menjadi persis seperti seorang ayah yang kehilangan anaknya, seorang anak yang kehilangan induknya dan juga seorang suami yang kehilangan isterinya. Dan, tangisan sememangnya membantu.
Pengajarannya, kita tidak perlu menjadi rigid dalam kehidupan. Membentak di sana sini. Walaupun dunia itu perit, tapi kita masih ada ibu ayah, kawan yang membantu menceriakan hati kita..Wassalam..:DD
BONUS:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"Setiap orang yang ku jumpa merupakan orang yang lebih baik daripadaku, dan aku belajar daripada mereka"- Ralph Waldo Emerson
No comments:
Post a Comment