Thursday, 30 May 2013

[Isu]: Syiah Mengaku Tuhan!!!

Bismilllahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Zaman ini zaman fitnah. Di mana kebenaran begitu mudah kelihatan seperti kebatilan. Dan betapa mudahnya sesuatu kebatilan itu diangkat, dijunjung malah didoktrinkan sebagai satu pegangan status quo.

Maklumat ini ambo peroleh daripada seorang ikhwan yang komited dalam membongkarkan penipuan Syiah. Mungkin dalam post ini, ambo tidak dapat menghuraikan kesemua keburukan Syiah, tetapi cukuplah dengan satu bukti hidup ini, yang membuktikan bahawa Syiah itu palsu semata-mata.

Kemabukan Sulaiman Murshid...=___________='




Nama penuh beliau adalah Sulaiman bin Murshid Ben Younes. Penganut Syiah-Nusairi dari kampung Gubet Bergall timur Latakia. Dia adalah seorang koboi (kerja dengan lembu). Penjajah Perancis menerima dan membantu dia mendakwa dirinya sebagai tuhan. Dia menghantar Rasul bernama Suleiman Almidh yang juga seorang gembala lembu. Kisahnya bermula pada tahun 1920 apabila dia menjadi tuhan bagi Syiah Nusairi di kampungnya. Nusairi merupakan mazhab Syiah yang mengaku Ali R.A. sbg tuhan dan mereka percaya kepada penjelmaan semula tuhan dalam bentuk badan manusia yang lain.

Semua ini berlaku sebelum Revolusi Besar Syria menentang penjajahan Perancis yang berakhir dengan sebuah kerajaan kebangsaan dan kemerdekaan sementara. Perancis menggunakan koboi ini dan membuat sebuah negara Nusayri dalam Syria yang dipanggil Kerajaan Negeri Alawi di Latakia. Dia menjadi begitu kuat, dan dipanggil tuhan Haidari dan orang Ghassani.

Perancis mengambil kesempatan daripada fenomena ini semasa penjajahan mereka di Syria. Mereka berikan pakaian khas kepadanya dengan butang, lampu dan bateri. Apabila dia menekan butang, pakaiannya itu akan mengeluarkan cahaya dan pengikut-pengikutnya akan sujud kepadanya termasuk jeneral dan penasihat peribadi Perancis. Mereka juga memanggil beliau dengan kalimah Ya Tuhan! Dia juga meletakkan span di bawah ketiak. Apabila dia memerah tangannya, air akan menitis dan pengikut-pengikutnya akan tergesa-gesa untuk mengambil air 'suci' dan mengambil berkat daripadanya.

Perancis tidak pernah melepaskan peluang untuk menggunakan pengkhianat Islam ini. Mereka juga disokong dengan senjata. Mereka menggelarkan dia sebagai Tuhan Sulaiman atau Tuhan Joubah.

Pada tahun 1938, beliau dilantik sebagai hakim dan pejuang dan penjaga cukai di kampung-kampung di bawahnya.
Dan meluluskan satu penyelesaian yang menyatakan: (Oleh kerana pencerobohan orang-orang Sunni, saya telah membentuk tentera Syiah untuk membela orang-orang Syiah), dia telah memberikan mereka pakaian yang khusus dan senjata-senjata Perancis.

Akhirnya, apabila Syria berjaya bebas daripada mandatori Perancis, beliau memulakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan baru Syria di Damsyik. Oleh itu, kerajaan Syria melancarkan serangan balas ke atas beliau, Syria menangkap pengikut-pengikutnya dan akhirnya dia telah digantung pada tahun 1946.

Selepas kematiannya, anaknya (Mujib) menjadi Pemimpin dan mendakwa ketuhanannya, mengelar diri sendiri dengan gelaran TUHAN . Tetapi dia juga dibunuh di tangan ketua perisikan Syria pada tahun 1951.

Tetapi nama beliau mendapat nilai yang besar dan kesucian agama tinggi di mata Syiah-Nusairi, sebagai TUHAN kedua yang dibunuh.
Namanya (Mujib Kabir) masih banyak muncul semasa Syiah bersembayang , sebagai TUHAN mereka yang sebelum sekarang.
Sehingga kini pengikut-pengikutnya setiap kali mereka ingin menyembelih lembu mereka akan berkata: Dengan Nama Agung Mujib (Mujib Kabir), ambil pisau dari tangan saya ke leher Abu Bakr dan Umar.

Syiah juga menyangka bahawa anak kedua (Suliman Murshid), nama beliau (Mugith) juga mewarisi KETUHANAN dari bapanya dan menjadi pengganti TUHAN untuk Syiah-Nusiri. Pengikut-pengikutnya masih hingga ke hari ini hidup di pergunungan Syiah-Nusari timur (Latakiah) dan dianggarkan jumlah kesuluruhan ahli-ahli mereka adalah 150,000 orang.


VIDEO BONUS MEMAPARKAN KEGILAAN AJARAN SYIAH, PASTIKAN TIADA ANAK KECIL BERSAMA ANDA!!!!:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Kekarutan tahap maksima, semoga Allah melindungi kita semua..Wassalam

No comments:

Post a Comment