Ok, inilah saat untuk berterus terang. Ambo bukanlah sekuat mana yang anda sangkakan..Ambo juga merupakan insan biasa yang akan berpeluh ketika dirundung masalah dan terasa dilemparr ke dalam gaung Grand Canyon apabila idea ditolak apatah lagi dicemuh. Ambo juga seorang yang menangis di surau dan terketar-ketar dalam solat mengadu kepada Allah ketika manusia semuanya meninggalkan ambo.
Tapi, ambo berpegang kepada firman Allah, "Yang kemudian lebih baik daripada permulaannya" (ad-Dhuha)..Di sini, ambo melampirkan beberapa kisah orang ternama di dunia yang bangkit dari kekalahan dan kekejaman dunia. Mungkin anda mengenal mereka, ataupun mungkin anda tidak mengenal mereka. but, their spirit of perseverance and high self--esteem lives on..
Dan, sebelum ada mulut puaka yang menuduh ambo sebagai seorang liberalis kerana cerita yang akan ambo tampilkan merupakan dari Barat, biarlah ambo memperjelaskannya terlebih dahulu. Sekarang ini, ambo sedang mengkaji karya motivasi daripada Dale Carnegie dan Brian Tracy.Dan, memelikkan dan menakjubkan bahawa dalam buku "How to Win friends and Influence People" oleh Dale Carnegie, kesemua tiga puluh prinsip dalam buku ini ada disebut dalam Islam..
So, the fact is, all of the Westerners achieve in their writings are derived from the Islamic civilization. So, don't be too sceptical and defensive towards them. It is us (the Muslim) who has made the cradle of knowledge slipped from our grasp. We are too busy accusing, slandering and gossiping about our local artist, while the Westerners, they are hungry for knowledge. They worship anything, everything, but they are morally better than you. Why? Because they are in the darkness, but they strived to go out from the dark realm. But us, we are in this religion for what 17, 18 years but never think even a second for our religion..:D
Kisah 1- Suaramu Tak Sedap!!
Seorang budak lelaki berumur 10 tahun bekerja di kilang di Naples. Dia ingin sekali menjadi penyanyi, namun guru pertamanya mempersendakan impiannya itu. "Kau tidak boleh menyanyi. Kau sama sekali tidak mempunyai suara yang sedap dan bagus. Suaramu kedengaran seperti angin di daun jendela!!,"ujarnya.

Namun, ibunya yang merupakan petani miskin memeluk dan selalu memberitahunya yang dia tahu anaknya pandai menyanyi. Ibunya sudah nampak bakatnya yang terserlah dan dia berusaha keras menabung bagi membiayai pelajaran muzik anaknya. Pujian dan galakan daripada ibu petani itu mengubah hidup anak lelakinya. nama budak lelaki itu ialah Enrico Caruso dan dia menjadi penyanyi opera tersohor dan paling termahsyur dalam eranya.
Kisah 2- Daripada Buta Huruf kepada Lagenda
Pada awal abad ke-19, seorang pemuda di London teringin menjadi penulis. Namun pada ketika itu, segala-galanya menjadi penghalang bagi dia memenuhi keinginannya. Dia tidak hadir ke seklah lebh daripada empat tahun. Ayahnya masuk penjara kerana tidak dapat membayar hutang dan pemuda ini sering sakit perut kerana kelaparan. Akhirnya, dia memperoleh pekerjaan menampalkan label pada botol di gudang yang menjadi sarang tikus. pada malam harinya, dia tidur di loteng yang suram bersama dua orang budak lelaki lain yang berasal daripada kawasan miskin dan terbiar di London.
Dia mempunyai keyakinan yang rendah mengenai kemampuannya dalam menullis, sehinggakan dia menyelinap dan mengirimkan naskhah pertamanya pada waktu tengah malam supaya tidak ada orang yang mentertawakannya. Satu demo satu cerita yang dihantar ditolak. Akhirnya, hari terpenting itu tiba jua sewaktu salah satu ceritanya diterima. Benar, dia tidak menerima bayaran sesen pun, namun editor tersebut memujinya. Editor lain memberikan penghargaan kepadanya.

Harinya begitu berdebar-debar sehinggakan dia tidak dapat lagi menahan air matan kegembirannya. Dia berjalan-jalan di kota London tanpa arah tujuan dengan air mata yang mengalir turun di pipinya.
Anda mungkin mengethui siapakah budak malang ini. Dia seorang penulis novel klasik lagenda, The Great Expectations iaitu Charles Dickens..:)
Kisah 3-Kisah Sasterawan Agung
Ada seorang budak lelaki lain di London mencari wang dengan menjadi jurujual di kedai tekstil. Dia harus bangun pada pukul 5 pagi, membersihkan kedai itu dan bekerja keras selama empat belas jam sehari. Ini adalah pekerjaan yang membosankan dan dia membencinya. Selepas 2 tahun, dia sudah tidak tahan lagi. Dia bangun pada suatu pagi dan taanpa menunggu sarapan, dia berjalan sejauh 15 batu dan bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah.
Pujian itu mengubah masa depan budak lelaki itu dan melakar satu peristiwa bersejarah dalam dunia ksusasteraan Inggeris. Ini asalah kerana budak lelaki itu terus menuis buku-buku yang mencatatkan jualan tertinggi dan menghasilkan jutaan dolar melalui penanya. Namanya ialah H.G Wells, sasteraawan lagenda.
Wahai generasi agama,
Daku tidak melihat pada tinggi pendekmu,
Atau kaya miskin indukmu,
Atau kacak hodoh rupamu,
Karna pada mata Tuhanku dan daku,
Semua manusia itu sama dan istimewa,
Karna kesemua kita mempunyai iltizam
Tika ada kata membisikkan padamu,.
Bahawa dirimu layu dan tidak mampu,
Ketahuilah bahawa hanya ada satu pihak saja kata begitu,
Iaitu syaitan, musuhmu
Kaulah permata, kaulah emas,
Permata datangnya dari kelikir
Dan emas datangnya dari kuarta picisan
Dan, dikau lebih berharga dari keduanya
BONUS::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tiada kata, kita semuanya sama, Tiada gifted itu hanya sirna, Karna yang berjaya itu krna usaha dan doanya...:DDDDDDDDD..Wassalam
No comments:
Post a Comment