
Salam Jumaat semua!
Baiklah, pada hari ini ambo ingin berkongsikan sebuah bab yang menarik (dan bertepatan dengan hari Jumaat juga!) yang ambo peroleh dalam Kitab al-Yawaaqit wal Jawahir fi 'Uqubaat Ahli al-Kabaair karangan Syeikh Abdul Wahab as-Syaarani.
Dengan menampilkan beberapa hadith dan riwayat berkenaan Hari Yang Pasti itu, semoga kita smeua dapat menginsafi dan check semula diri kita. Jikalau hidup ini merupakan sebuah perjalanan, pada hari ini sudah jauh mana kita menuju ke destinasi tiu? Cukupkah minyak yang masih ada dalam kenderaan anda? Berapa bebanan yang anda bawa yang melambatkan perjalanan anda? Ini semua persoalan berbentuk "tepuk dada tanya iman" yang hanya diri kita dan Allah sahaja yang mengetahui.
Jom Muhasabah!
Satu ceritera daripada Abdullah bin Abbas r.a. katanya;
Setelah kiamat, tujuh petala langit dan tujuh petala bumi binasa melainkan Allah subhanahu wa taala yang masih ada. Maka Allah subhanahu wataala berfirman, "Kerajaan manakah yang masih ada pada hari ini?". Maka Allah sendiri yang menjawab pertanyaanNya, "Yang punya kerajaan pada hari ini hanyalah Allah yang Esa".
Kemudian, Allah memerintahkan angin, maka ia pun bertiuplah, maka tidak ada gunung di atas muka bumi melainkan kesemuanya itu rata.
Dan Allah subhanahu wataala berfirman,
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang gunung-gunung. Katakanlah: Tuhanku akan menghancurkannya (di hari kiamat (dengan sehancur-hancurnya). Maka Dia akan menjadikan gunung-gunung itu datar sama sekali. Tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang tinggi dan rendah" (Thaha, 105-107)Kemudian Allah Yang maha Tinggi lagi Maha Besar menyeru," Dimanakah sekalian raja-raja dan sekalian orang-orang yang takbur dan menindas orang-orang yang dhaif dan orang yang dahulu dan kemudian? Dan di manakah orang yang mensyirikkan bagiKu?"
*Firman Allah ini bukan bermaksud dia bersikap tidak mengetahui (Nauzubillah), sebaliknya merupakan penegasan kepada kita semua bahawa Dia-lah yang kekal selama-lamanya dan menguasai seluruh manusia derhaka mahupun soleh.
Kemudian, dikeluarkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi . Firman Allah,
"..Padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan" (Surah al-Zumar,67)*Tangan kananNya-merupakan sebahagian daripada ayat mutashabihhat. Di dalam Kitab Risalah Tauhid, penjelasan berkenaan frasa-frasa sedemikian terbahagi kepada dua iaitu pandangan Salaf dan Mutaakhirin. Ulama Salaf tidak menafsirkan perkataan tersebut manakala Ulama Mutaakhirin menafsirkan frasa itu sebagai "kekuasaan Allah". Lebih afdhal supaya kita mengikuti pandangan ulama Salaf. Yang penting, Allah tidak menyerupai makhlukNya.
Kemudian Allah berfirman," Di manakah Yahudi dan Nasrani? Di manakah orang yang memakan rezekiKu dan mereka menyembah selain daripadaKu? Dan mereka menyangka ada sekutu bagiKu dalam pekerjaanKu. Sesungguhnya Akulah Allah dan tiada Tuhan yang lain selain daripada Aku dan tiada yang disembah melainkan Aku".
Kemudian dihidupkan kembali sekalian roh malaikat, kemudian Tuhan berfirman,' Hai Jibril! Katakanlah kepada malaikat Ridhwan suapaya ia menghiasi sekalian syurga untuk memasukkan orang yang taat kepadaKu. Dan katakanlah kepada Malik, Nyalakanlah api neraka kerana Aku hendak memasukkan padanya orang yang menderhakai dan melawan akan Daku"
Dan firman Allah,
"Dan di hari itu didekatkanlah syurga kepada orang-orang bertaqwa. Dan diperlihatkan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat" (as-Syuaraa, 90-91)Dan fiman Allah kepada malaikat Mikhail," Tegakkanlah mizan kerana aku akan menjalankan keadilanKu ke atas sekalian makhluk"
"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat. Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika amalan itu hanyalah sbeerat biji sawi pun pasti Kami akan mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah dengan sekalian malaikat kami jadikan sebagai pembuat perhitungan" (al-Anbiya',47)
Kemudian, Dia berfirman kepada Israfil, "Tiupkanlah sangkakala kerana Aku hendak menghimpunkan segala makhluk di padang Mahsyar".
Kemudian Tuhan yang Maha Tinggi berfirman," Hai Jibril! Pergilah dengan beberapa malaikat ke dalam syurga dan suruhlah malaikat Ridhwan berikan kepadaKu mahkota yang amat besar dan jenis pakaian dan selendang kebesaran dan kain yang indah dan bendera "Panji Pujian" yang Aku jadikan kesemua itu bagi kekasihKu Muhammad".
Maka Jibril mengambil mahkota dan panji itu, Mikail mengambil selendang dan kain itu, Israfil mengambil pakaiannya dan kasutnya, maka mereka berhenti antara langit dan bumi. Maka Jibril pun berkata," Di manakah kubur Muhammad?" Maka bumi pun bergeraklah dan terbukalah tempat perkuburan Nabi SAW. Maka bangkitlah Nabi SAW daripada kuburnya sambil menyapu debu tanah dari kepalanya yang mulia. Maka, duduklah baginda di atas kuburnya dan baginda berpaling ke kiri dan kanannya, tetapi baginda tidak berjumpa dengan Abu Bakar dan Umar r.a. maka ia pun berkatalah, "Hai Jibril! Hari apakah ini?" Maka kata Jibril, "Inilah hari untuk mensyafaatkan umatmu". Maka sabda baginda," Di manakah umatku? Mungkin engkau tinggalkan mereka dalam keadaan terseksa dan beritahulah kepadaku sama ada mereka terseksa?!"
Maka Nabi SAW bersabda," Di manakah para sahabatku? Jibril alaihissalam berkata," Wahai roh yang baik lagi taat kepada Tuhannya! Kembalilah kepada badanmu yang suci!". Kemudian, bangkitlah Saidina Abu Bakar dan Umar r.a.
Rasulullah kemudiannya berkata, "Sempurnakanlah janjiMu wahai Tuhanku yang tiadak memugkiri janjinya!". Kemudian, mereka berjalan pada bumi yang putih iaitu bumi yang suci selama 40 tahun perjalanan. Kemudian mereka berhenti di sana.
Allah subhanahu taala berfirman, "Wahai ISRAFIL!! TIUPKANLAH SANGKAKALA!"...
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment