Thursday, 12 June 2014

[Aqidah Injection]: {Bahagian 7}: Sifat Maani

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, tamat juga Minggu Aluan Pelajar di Universiti Malaysiia Sarawak. Sepanjang 3 hari berlangsungnya program itu, agak sibuk dengan slot-slot dan sebagainya. Hanya pada hari ini berpeluang untuk rehat dan menyambung modul Aqidah Injection.

Bagaimana saya di sini? Alhamdulillah, dah biasa duduk asrama, maka tidaklah sesukar mana untuk menyesuaikan diri. Ambo sudah bertekad untuk menolak semua jawatan dan berehat pada tahun ini, walaupun ambo ditawarkan untuk menyertai Pilihanraya Asasi UNIMAS dan JPMU (lebih kurang macam BADAR). Meskipun demikian, usaha dakwah tidak terhenti. Ambo sudah menyiapkan kertas kerja semalam untuk mengadakan muzakarah kitab turath dan modul ilmu perbandingan agama.

Biarlah yang mendengarnya itu seorang dua, sekurang-kurangnya ambo meraih barang walau sedikit saham untuk melepaskan ambo yang jahil ini dari neraka. Allahurobbi.
Jadi pada hari ini, kita akan menghabiskan baki sifat Ma’ani yang belum dihuraikan lagi, iaitu Ilmun, Hayat, Sama’, Bashir dan Kalam.

ILMUN

Sifat Allah ini maksudnya mengetahui dengan makna pengetahuan Allah itu meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang nampaak atau tidak nampak ataupun walau bagaimna sekalipun keadaannya. Lawan sifat ini ialah Jahil iaitu tidak mengetahui. Mustahil Tuhan bersifat tidak mengetahui kerana aturan alam ini yang kompleks membuktikan bahawa ada entity yang maha mengetahui menguruskannya.

Maka, Allah mengetahui segala-galanya walaupu sebelum ia berlaku lagi dan Dia juga mengetahui tentang perkara yang tiada kesudahan seperti nikmat syurga dengan jalan tafshil iaitu terperinci.

HAYAT

Hayat bermaksud wajib Tuhan itu bersifat hidup dan lawannya ialah Mati. Erti hidup nagi Tuhan ialah tanpa nafas dan nyawa. Mustahil Allah itu hidup dengan ruh atau nyawa, kerana ruh itu merupakan makhluk dan mustahil Tuhan bersifat dengan sifat makhluk.

SAMA’

Ertinya mendengar dengan tanpa telinga. Lawan sifat ini ialah Tuli. Allah taala mendengar dengan terang nyata pada setiap perkara yang wujud sama ada jauh atau dekat dan tiada perkara yang tidak dapat didengarinya. Dan, Allah juga mendengari perkara yang bersuara dan juga tidak bersuaar seperti Dia mendengar Dirinya berkata-kata.

Tuhan mendengar sama ada melalui suara atau tidak bersuara (lintasan hati), jauh atau dekat, zahir atau tersembunyi, perlahan atau kuat. Maka apabila diketahui oleh seseorang da nada kepercayaan terhadap kepercayaan Tuhan yang meliputi segala-galanya maka akan membangkitkan perasaan dan menaahan mulutnya daripada memperkatakan perkar yang sia-sia apatah lagi berbaur maksiat.

BASHAR

Ertinya melihat dan lawannya ialah buta. Tuhan melihat tanpa menggunakan biji mata seperti makhluknya atau melalui sebarang perantaraan sekalipun. Maka penglihatan Tuhan itu terang dan nyata dan meliputi tiap-tiap yang ada seperti zat dan sifat Tuhan dan juga melihat perkara yang akan diadakan. Tidak terbatas penglihatan Tuhan kerana terlindung pandangan oleh gelap atau sebab jauh atau kecil.

KALAM

Ertinya ialah berkata-kata dan lawannya ialah bisu. Berkata-kata Tuhan tnpa menggunakan mulut,tidak dengan suara dan sebagainya seperti perbuatan makhluk.

Maka perkataan Tuhan itu terbahagi kepada beberapa perkara iaitu Amar (suruhan) seperti tuntutan solat, berpuasa dan sebagainya. Kemudian, kalam Tuhan juga berbentuk nahi iaitu tegahan seperti Tuhan menegah main judi, dan juga menunjuk kepada khobar (cerita) seperti riwayat Firaun. Tuhan juga menunjukkan kalamnya melalui Wa’di iaitu janji seperti menjanjikan balasan syurga kepada orang beriman dan sebagainya.

Alhamdulillah,, kita sudah selesai menghuraikan sifat Maani. Sesungguhnya apa yang terkandung dan dihuraikan di dalam modul ini, itulah seringkas-ringkas perkara yang wajib diketahui oleh semua insan mukallaf. In sha Allah, kita akan meneruskan huraian kita tentang Ilahiyat iaitu ketuhanan dengan menghuraikan kumpulan sifat yang keempat iaitu Sifat Maknawiyah dan Sifat Jaiz atau harus bagi Allah taala.. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah..


1 comment: