Saturday 31 May 2014

[Aqidah Injection]: {Bahagian 6]: Pencerahan Sebenar Tentang Nasib

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..:)


Alhamdulillah, pada hari ini kita akan menamatkan huraian tentang sifat 20 dan ruangan seterusnya merupakan recap untuk sepanjang siri ini berjalan. Seperti yang anda kethui, sifat wajib bagi Allah taala terdiri daripada empat kumpulan. Pada bahagian yang lalu, kita telah menghuraikan kumpulan Nafsiyyah dan Salbiyah. Maka, in sha Allah pada hari ini kita akan membincangkan tentang sifat Ma’ani dan sifat Maknawiyah.

SIFAT MA’ANI

Apakah itu sifat Ma’ani? Kalimah ma’ani itu pecahan daripada kalimah makna ertinya di dalam Bahasa Melayu ialah “tujuan atau erti” seperti mendengar ialah tujuan terbit daripada telinga. Melihat pula tujuan mata dan seterusnya. Maka, dikatakan Tuhan itu bersifat dengan sifat Ma’ani iaitu sifat mendengar dengan tiada sifat telinga, kerana mustahil Dia mendengar menggunakan telinga.

Sifat yang terkandung di dalam kummpulan ini ialah Iradah, Qudrat, Hayyan, Sama’, Bashir, Ilmun dan Kalam.

QUDRAH

Qudrat ertinya berkuasa. Qudrat Tuhan memberi bekas dalam mengadakan dn meniadakan segala sesuatu. Maka hakikatnya ialah satu sifat yang Qadim (sediakala) lagi azali yang tsabit berdiri pada zat Allah taala. Dengan sifat ini, Tuhan mengadakan dan meniadakan tiap-tiap sesuatu yang bersetuju dengan Iradah Tuhan.

Maka, yang sebenarnya ialah Tuhan yang bersifar Qudrat mempunyai kebesaran dan pengetahuan yang meliputi dan sekalian makhluk di dalam genggamannya,, yang bersendiri mengadkan apa-apa kehendakNya. Tuhan sahaja yang mempunyai kuasa menjadikan dan mentiadakan dan Dia sahaja yang berkuasa mengubah akan segala perjalanan alam dan hal yang berlaku di dalam masyarkaat manusia kerana pengetahuan meliputi dan sekalian makhluk di dalam genggamannya.

Sekalipun pada pandangan zahirnya manusia yang melakukan, memperbuat dan mengerjakan tetapi pada hakikaatnya ialah Tuhan. Hanya bagi manusia itu usaha dan ikhtiar itupun tidk memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan. Usaha dan ikhtiar itu ialah Mudkhol iaitu jalan pada menjayakan sesuatu. Misalnya, seperti kalau hendak memutuskan tali mesti ada jalan untuk memutuskan tali itu dengan memotongnya. Tetaapi pada hakikatnya yang memutuskan tali itu ialah Tuhan.

Ibarat yang lebih jelas ialah seperti pena. Pada zahirnya, pen itulah yang bergerak dan menulis perkataan, tetapi pada hakikatnya tanganlah yang menggerakkan pena itu. Pena itulah seumpamnya dengan manusia..
Berlakunya banyak salah faham akan perkara di atas iaitu permasalahan Ta’tsir, sangat besar dan serius sehingga berpecahlah manusia epada tiga bahagian tentang masalah ini. Hanya satu sahaja iktikad yang lurus. Jikalau tidak mengaji ilmu akidah, sangat bahaya…

IKTIKAD 1: IKTIKAD QADARIAH

Perkataan kudrat itu ertinya kuasa. Iktikad ini berfahaman segala perbuatan manusia itu sama ada baik atau jahat terbit dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. Maknanya, Tuhan tidak menjadikan perbuatan manusia.
Iktikad ini didapati salah kerana kit dapat lihat bahawa usaha manusia itu kadang kala tidak tercapai dan selalu terbantut. Jikalau benar bahawa manusia yang menciptakan peruatannya sendiri, nescaya tiada yang miskin dan terseksa kerana semu manusia itu inginkan kebahagian dan kesempurnaan. Tetapi, wajah dunia yang penuh kesengsaraan jelas menunjukkan bahawa bukan manusia yang mnjadikan perbuatannya, ttapi ada satu kuasa bebas dan berkuasa yang menentukan segalanya, iaitu Tuhan.
Master Of My Fate Quote

Maka, nyatalah bahawa fikrah dan fahaman mazhab Qadariah ini melampaui sempadan seolah-oleah tidak mengiktiraf kekuasaan Tuhan Maka mazhab ini hukumnya fasik. Ada juga ulama yang menyatakan kafir tetapi pendapat muktamad ialah hanya fasik, tidak kafir, kerana fahamannya itu mengadakan benda yang tiada, iaitu mencipta perkaru baru dalam agama.

Pada hari ini, berapa ramai antara kita yang tidak memahami ilmu akidah sehingga terjerumus dalam akidah ini. Ketika sembuh dari sakit, kita kata doctor dan ubat itu yang menyembuhkan aku. Siang malam belajar mengejar sijil dan ke luar Negara kerana yakin itu yang membahagiakan kehidupan. Bila kaya, kita kata ini semua usaha aku. Kalau doctor dan ubat itu benar-benar menyembuhkan, mesti tiada orang mati di hospital. Kalau benar sijil itu menjamin kebahagiaan, kerana kat Negara ini beribu orang tiada kerja padahal ada sijil luar Negara? Kalau benar seseorang itu kaya kerana usaha dia sendiri, berapa ramai yang muflis setiap hari di dunia?

Fikir-fikirkan! Bercakap mestilah menggunakan akal, bukan siku dehh..:)

IKTIQAD 2: FAHAMAN JABARIYAH

Perkataan jabar itu ertinya terpaksa. Fahaman ini beriktikad bahawasanya manusia dan makhluk iu tergantung kepada qadha dan qadar sahaja. Tiada baginya ikhtiar atau memilih sama sekali. Iktikad ini mengatakan bahawa makhluk hanya skadar lalang yang ditiup angin. Di mana ditiup, di situlah ia berbuai. Tidak berdaya apa-apa.


Kalau benar iktikad ini bahawa manusia tiada ikhtiar, semua nasib sahaja (sounds familiar?) maka tiada ada fungsi syurga dan neraja, rasul, al-Quran, agama dan syariah. Mereka kata bahawa kalau dah qadha dan qadar jadi jahat, miskin, maka tak perlulah berusaha redha ajelah. Kalau betullah redha jelah itu benar, tak payahlah Allah nak rumitkan keadaan buat syurga dan neraka.

Syurga dan neraka dicipta oleh Allah untuk menunjukkan bahawa kita boleh memilih dan berusaha untuk ke arah syurga dan menjauhi neraka.

IKTIKAD 3: FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Fahaman ini beriktikad bahawa makhluk itu tidaklah terpaksa seperti ditiup angin dan bergantung kepada qadha dan qadar dan tidaklah pula makhluk itu yang mencipta perbuatannya. Hakikatnya, Allahlah yang menjadikan perbuatan makhluk tetapi diberi kepada makhluk itu usaha dan ikhtiar.

Nyatalah bahawa mazhab inilah yang benar kerana tidak melampaui seperti Qadariah dan tidaklah terlampau pesimis seperti Jabariah, mazhab ini bersifat pertengahan.

IRADAH

Ertinya Allah berkehendak dalam menentukan segala tentang mumkin (makhluk) tentang keadaanya dan ketiadaannya. Maka hakikatnya, tidak akan berlaku sesuatu perkara pun di alam ini melainkan dengan pilihan dan kehendak Allah taala.

Maka, kepercayaan yang benar tentang sifat ini ialah percaya dengan putus bahawa perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlku mendapat ketentuan daripada Allah taala. Rezeki, umur, baik, jahat, kaya , miskin dan sebagainya semua itu daripada ketentuan Allah. Serta wajib pula bagi umat Islam untuk mempercayai tentang asib sebagaiana telah disebut di dakam Surah al-Qasas, ayat 77. Tetapi nasib itu bukanlah erti kita kena pulangkan segala-galanya kepada ketentuan (kerana menyerupai Jabariyah) dan hendaklah kita berusaha kerana ikhtiar itu juga suruhan Tuhan.

INFO: Nasib

Pemahaman tentang nasib ini sering menjadi kekeliruan kepada umat Islam. Ketahuilah bahawa bagi sifat Ma’ani, ada mempunyai takluq. Takluq ini ertinya fungsi atau bidang sesuatu sifat Ma’ani itu. Takluq bagi Iradah ada 7 tapi cukuplah kita huraikan beberapa tkluq untuk memurnikan pemahaman kita tentang nasib. Kerana ada orang berfahaman segala-galanya sudah ditentukan, maka apabil dia jadi jahat dia teruskan menjadi jahat kerana dia kata itu suah ditentukan dan sebagainya. Ada 3 takluq yang mempunyai perann di dalam nasib atau ketentuan mnusia

1.        Takluq Suluhi Qadim- Ketika ini, waktu azali iaitu kesemua makhluk belum diciptakan lagi. Sejak azali, Tuhan sudah mematutkan bagi manusia tentang umurnya, rezekinya, jodohnya dan kesemua hal sehingalah dia mati. Tetapi, perkara ini belum ditentukan. Misalnya, seperti seorang pencipta yang sudah menentukan ciri-ciri ciptaan yang akan dilaksanakan
2.       Takluq Tanjizi Qadim- Maka di dalam ketentuan inilah Tuhan telah menentukn bagi manusia di dalam perkara umurny, rezekinya, jodohnya dan segala-galanya. Misalnya, pencipta itu telah menentukan ciri-ciri muktamad yang ada pada ciptaannya dan telah merealisasikan ciptaannya.
3.       Takluq Qabdhah- Qabdhah ertinya di dalam genggaman. Maka, di dalam genggaman pencipta itu untuk menambah aksesori dan penambahbaikkan kepada ciptaannya walaupun setelah ciptaan itu telah siap diibina.
Maka pada ketentuan Qabdhah inilah, Allah taala menilik akan gerak geri manusia itu berdasarkan kepada usaha kemahuan dan permohonan makhluk itu ke hadrat Tuhan. Keadaan manusia yang bersungguh-sungguh berusaha dan meminta agar ditambahkan rezekinya dan berusaha menjaga kesihatannya dengan berubat.
4.      Takluq Tanjizi Hadith- Pada kerentuan inilah terletaknya nasib manusia itu setelah Tuhan menilik dan mengawasi akan gerak geri hambaNya.

Umpamanya, Zaid pada Taqluq Suluhi Qadim  bahawa dia akan hidup selama 40 tahun. Maka telah ditentukan pada azali (Taqluq Tanjizi Qadim) bahawa dia akan hidup selama 40 tahun. Dalam Taqluq Qabdhah (genggaman Tuhan), Tuhan menilik usaha Zaid bahawa dia berusaha menjaga kesihatan, berubat, menghindari Mc’Donald’s dan sebagainya, maka setelah mengawasi gerak gerinya Zaid dan mendengar pemohonan Zaid itulah, Allah telah memanjangkan umurnya melalui Takluq Tanjizi Hadith.

Berapa ramai antara kita bila terjadi sesuatu, terus mengaku kalah dan salahkan takdir? Ini kerana mereka tidak faham akan konsep sebenar nasib. Mereka tidak tahu menahu tentang Suluhi Qadim, Tanjizi Qadim, Qabdhah dan Tanjizi Hadith. Maka, anda yang sudh mengetahui ning, sebarkanlah ye..Muahh..:D


Semoga penerangan tentang 2 sifat ini yang ambo kira sangat kritikal kerana tidak difahami oleh orang awam..Sekadar inilah perkongsian kita..Wallahualam..Wabillahi taufiq..:)

No comments:

Post a Comment