Sunday 25 May 2014

[Akidah Injection]: (Bahagian 3): Islam, Iman, Ihsan dan Akal

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

In sha Allah, pada ruangan kali ini kita akan membincangkan apa pengertian Iman, Islam dan Ihsan. Musonnif kitab Zahratul Murid dan Minhajus Salam menegaskan bahawa tidak sah Islamnya seseorang jika tidak mengetahui pengertian tiga perkara ini..:)


    Islam


Mengikut dan menrerima apa sahaja yang dibawa oleh Nabi SAW tentang perkara-perkara yang wajib diketahui seseorang mukalaf tentang agamanya. Rukun Islam ada 5 perkara;
·      
            1.Mengucap dua kalimah syahadah
·         2.Mendirikan solat lima waktu
·        3. Mengeluarkan zakat
·         4.Puasa pada bulan Ramadhan
·         5.Mengerjakan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan

2        Iman

Membenarkan dengan hati tentang apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tentang perkara-perkara yang maklum (diketahui). Rukun Iman ada 6 perkara;
·       
          .1. Percaya kepada Allah
·         2.Percaya kepada malaikat
·         3.Percaya kepada semua kitab
·         4.Percaya kepada Rasul
·         5.Percaya kepada Hari Akhirat
·         6.Percaya kepad Qadha dan Qadar

        Ihsan

Seseorang itu berbuat baik  dengan ikhlas pada semua ketaatan. Ertinya kita beribadat kepada Allah taala seolah-olah kita melihatNya.

(Diperolehi daripada kitab Faridah al-Faraid fi ‘Ilm Aqaid)

HUKUM AKAL

Penting di dalam ilmu Akidah untuk kita mengetahui hokum akal kerana akal merupakan satu anugerah yang amat berharga yang dikurniakan kepada manusia. Ia membedakan kita daripada makhluk selainnya dan juga berguna membezakan hak dan batil. Akal juga menjadi neraca atau medium terbaik dalam mengukur atau mempelajari sesuatu perkara. Maka wajib bagi setiap mukallaf untuk mengetahui hokum-hukum akal sebelum mengenal sifat-sifat Allah.

INFO: Apakah itu Mukallaf?
Menurut kitab Jauharul Tauhid, mukallaf itu ialah mereka yang mncapai beberapa perkara, tidak mengira lelaki atau perempuan;

1.        Baligh
2.       Berakal
3.       Sampai dakwah
4.      Sempurna pancaindera.

Maka, mereka yang belum baligh, gila, atau buta dan pekak sejak lahir tidak dikira mukallaf. Mereka yang terasing daripada sampainya dakwah seperti duduk di puncak gunung yang asing tidak dikira sebagai mukallaf dan terbebas daripada taklif (tuntutan).

Mereka yang tinggal di antara perutusan zaman Rasul dikira sebagai Ahli Fitrah dan dimasukkan ke dalam syurga. Contohnya, zaman di antara perutusan Nabi Isa dan Nabi Muhammad, penghuni bumi ketika itu dikira sebagai Ahli Fatrah, termasuk juga ibu bapa Nabi Muhammad. Maka, ibu bapa Nabi Muhammad dan lain-lain dimasukkan ke dalam syurga. Wallahualam.

PENGERTIAN HUKUM AKAL


Hukum akal ialah satu metod untuk membenarkan atau menafikan sesuatu perkara. Ia terbahagi kepada tiga iaitu Wajib Akli, Mustahil Akli, Harus Akli.

WAJIB AKLI


Wajib pada akal ialah sesuatu perkara yang tidak dapat terbayang dek akal akan ketiadaannya. Dalam bahasa moden, satu perkara yang confirm  ada dan macam tak masuk akal kalau benda itu tiada. Contohnya, 1 separuh daripada 2. Confirm 1 tu separuh daripada 2. Kita rasa tak munsabaha kalau ada orang kata 1 tu bukan separuh daripada 2.

Wajib Akli terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;
1    
      1.Wajib Dhoruri iaitu perkara senang yang dapat kita simpulkn dengan akal. Contoh, 1 itu separuh daripada 2. Dengan mudah kita fahami perkara ini.

      2.Wajib Nazhori iaitu perkara yang wajib ada tetapi susah kita nak terangkan tanpa dalil. Erti lain, kita kena kaji dan kemukakan dalil untuk support perkara wajib ini. Contohnya, Allah itu sifatnya Maha Berkuasa. Allah memang berkuasa tetapi kita kena berikan hujah-hujah dan kita kena fikir dalam-dalam tentang perkara ni.

MUSTAHIL AKLI


Mustahil pada akal ialah sesuatu yang tidak terbayang dek akal akan adanya perkara tu. Memang mengarut dan tak munasabah kalau perkara itu ada.

Mustahil Akli juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;

  1. Mustahil Dhoruri. Konsepnya sama, benda remeh temeh yang memang mustahil yang kita tahu tanpa piker panjang-panjang. Contohnya, 2 separuh daripada 3. Confirm mustahil

2.   Mustahil Nazhori. Perkara yang mustahil tetapi kita kena fikir panjang-panjang dan cari dalil tentang perkara ini. Contohnya, Allah ada kawan dalam menjadikan alam ini. Pada akal kita, mustahil Allah ada sekutu/kawan kerana Dia Maha Berkuasa tetapi kita kena kaji dan kemukakan dalil untuk mensahihkan kemustahilannya.

HARUS AKLI


Harus pada akal ini ialah perkara yang kita dapat terima ketiadannya dan adanya. Maknanya, kalau benda itu tidak berlaku, kita dapat terima pada akal. Kalau ia berlaku pun kita dapat terima juga. Contoh, manusia kadang-kala bergerak dan kadang-kala tak bergerak.

Kalau orang kata manusia itu kadang-kala bergerak, kita dapat terima. Kalau orang kata manusia kadang-kala duduk diam contohnya ketika tidur, kita dapat terima juga..:)

Harus Akli ini pung terbahagi kepada 2 bahagian;

1)       Harus Dhoruri. Iaitu perkara yang mudah yang dapat terima oleh akal. Contohnya, objek kadangkala bergerak kadangkala tak bergerak

2)      Harus Nazhori. Perkara yang boleh berlaku tetapi kena piker dalam-dalam dan berikan dalil. Contohnya, Allah harus masukkan seorang ahlu maksiat di dalam syurga dan masukkan ahli ibadah di dalam neraka. Benda ni boleh berlaku kerana mungkin ahlu maksiat itu bertaubat pada akhirnya dan ahli ibadah itu riyak dalam ibadatnya. Tetapi, still perlukan pikiran dalam-dalam tentang perkara ini.

(Disadur daripada Risalah Tauhid)

Maka, inilah secara ringkas tentang pengertian Islam, Iman, Ihsan dan Hukum Akal. Pada episode seterusnya, kita akan membincangkan tentang Mukadimah Mengenal Allah..:)


Jangan rasa berat dehh, belajar Ilmu Akidah ini seronok tak perlukan hafalan macam Ilmu Feqah. Gunakan dalil naqli dan aqli ja dalam Ilmu Akidah..Peace yoo..Wassalam..:D

No comments:

Post a Comment