Sunday 25 May 2014

[Akidah Injection]:(Bahagian 4): Makrifatullah

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Harapnya anda semua dapat bersabar dengan ruangan ini dehh..Ambo bukanlah orang yang diiktiraf dan ambo sesekali tidak menyatakan bahawa ruangan ini sudah mencukupi bagi mendalami ilmu Akidah..Ambo bertegas untuk anda mencari guru atau syeikh yang muktabar selagi mampu dehh..Anggaplah ruangan ini sebagai top-up sahaja..:)

BUKTI WUJUDNYA ALLAH


Hakikatnya, untuk membuktikan Allah itu wujud tidaklah sepertimana kita ingn buktikan suatu perkara yang maujud (ada, visible) kerana hakikat zat Allah itu tiada siapa yang tahu, kerana yang Hadith (makhluk) tidak dapat melihat yang Qadim (pencipta). Tetapi, Allah meninggalkan bukti-bukti bahaw Dia ada di alam ini.
Lihatlah complexity alam ini, kesemua keajaiban yang ada di dunia ini. Betapa halus ciptaan ini, bukankah menjadi bukti bahawa alam ini tidak terjadi secara kebetulan tetapi wujudnya Pencipta?

Untuk melihat lebih jelas anda boleh klik kepada pautan ini dan lihat bukti-bukti bahawa Tuhan itu ada. Klik sini..:)

MAKRIFATULLAH


Maka bagi Tuhan itu ada nama-nama yang mulia iaitu Asma al-Husna dan sifat-sifat yang maha besar lagi Maha Tinggi. Nama Than ang lebih mahsyur di antara segala nama iala Allah yang disebut sebagai Lafaz al-Jalalah. Maka Asma al-Husna ini diketahui daripada al-Quran dan al-Sunnah seperti al-Rahman, al-Rahim dan sebagainya.

INFO: Sesetengah penganut agama lain mendakwa bahawa Islam menyembah 99 tuhan. Dan ada sebuah agama menyebut bahawa Islam meniru agama mereka, kerana agama mereka asalnya menyembah 1 tuhan, tetapi tuhan itu menzahirkan sifat-sifatNya yang sempurna lalu menjadikan 3 sifat itu (Pencipta,Pemelihara dan Pemusnah) sebagai Tuhan.



Ini ialah batil. Islam membenarkan bahawa Allah mempunyai 99 nama tetapi kita tidak menganggap 99 nama itu sebagai 99 entiti lain yang berbeza dan layak disembah. Contoh, Ali Ali seorang yang pemurah, baik hati, kacak dan kaya. Hakikatnya, hanya ada satu sahaja Ali bukan 4 Ali. Inilah kiasan menurut Islam.
Agama itu telah tersilap kerana menjadikan sifat Tuhan sebagai sembahan. Agama Islam menyembah Yang Satu, iaitu Allah taala.:)

Sifat-sifat yang wajib diketahui oleh Mukallaf terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;

1.         1.Mengetahui sifat-sifat Tuhan secara ijmali- iaitu berkeyakinan bahawa wajib bagi Allah taala itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan sifat ketuhananNya.

Ertinya, semua sifat yang berkait dengan Kesempurnaan dan Ketuhanan seperti Maha Sempurna, Pencipta, Maha Mengetahui kesemua itu kembali kepada Allah kerana sifat-sifat sempurna itu hanya layak bagi Dia dan tidak layak kepada makhluk yang penuh dengan kekurangan. Mengapa diberi gelaran Maha dan sifat kesempurnaan kepada makhluk sedangkn terang kepada kita bahawa dia sama seperti kita, dan mempunyai sama kekurangan seperti kita.


2. Mengetahui sifat Tuhan secara tafshili- Berpgang bahawa wajib bagi Allah taala bersifat dengan 20 sifat yang wajib bagiNya dan mendatangkan dalil bagi setiap sifat itu.

INFO: Ijmali dan Tafshili.

Ijmali- secara ringkas, dalil yang ringkas yang dapat diberikan dengan mudah tanpa memerlukan kajian yang dalam. Umpamanya, kita menyatakan di dalam sebuah bekas terdapat beberapa ketul ais krim goreng.

Tafshili- secara satu persatu, tepat, dalil yang kompleks yang dilontarkan melalui kajian yang sempurna dan mampu mematahkan hujah pihak lawan. Kita ambil contoh bekas tadi. Kita mengatakan bahawa di dalam bekas itu terdapat 5 biji ais krim goreng. Coklat, vanilla, metropolitan, Oreo dan tiramisu. Sedap dan tepat. Inilah kiasan bagi tafshili.

APA YANG WAJIB DI DALAM ILMU INI.

Maka jelas kepada kita untuk mengetahui 50 perkara sebenarnya. 50 perkara ini dinamakan sebagai simpulan atau aqaid, dan 50 perkara inilah disebut sebagai simpulan iman atau Aqaidul Iman. Apakah 50 simpulan itu? Menurut Minhajus Salam, 50 simpulan itu ialah.

20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat harus bagi Allah
4 sifat wajib bagi Rasul
4 sifat mustahil bagi Rasul
1 sifat harus bagi Rasul

Campurkan kesemuanya, dapatlah jumlah sebanyak 50. Wajib kita mengetahui kesemua ini dan datangkan dalil secara ijmali (ringkas) yang akan kita bawakan pada ruangan akan datang.

Maka, sempurnalah iman dengan mengetahui 50 simpulan ini dan bersertakan dalil. Kebanyakan daripada kita menghafal 50 simpulan ini tetapi tidak mampu mendatangkan dalil. ADn hanya sekdar menghafal dari mulut para guru sahaja. Ini tidak mencukupi. Mereka yang tidak mendatangkan dalil dinamakan sebagai Muqallid iaitu orangyang bertaqlid, iaitu mengikut.

KESEMPURNAAN IMAN

Sempurnalah iman seseorang itu jika dia mencapai beberapa perkara iaitu;

1.  Mengetahui 50 simpulan di atas dengan iktikad yang putus. Apakah itu iktikad yang putus? Iaitu kepercayaan yang teguh yang bebas daripada syak, waham dan zhon.

INFO:

Syak- 50-50. 50 peratus percaya, 50 peratus tak percaya/ragu-ragu
Zhon- 70-30. 70 peratus (lebih daripada separuh) percaya, 30 peratus tak percaya/ragu-ragu
Waham- 30-70. 30 peratus (kurang daripada percaya) percaya, 70 peratus tidak percaya/ragu-ragu

2)      2. Iktikadnya kena muafakat dengan iktikad yang benar. Kalau iktikadnya putus dan teguh, tetapi pada iktikad yang salah, maka tidak bleh juga. Contohnya, dia berpegang teguh dengan iktikad Yahudi atau Nasrani, maka batal imannya.

3)      3. Beserta dengan dalil secara ijmali

Maka jika, tidak mencapai 3 perkara ini dalam beriman, maka dinamakan sebagai Muqallid

SEKITAR PERSOALAN MUQALLID

Muqallid ini bererti orang yang mengikut. Ulama berselisih pendapat tentang hokum orang yang Muqallid ini. Seetengah ulama mengatakan kafir secara mutlah bagi orang yang muqallid, tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa tidak kafir orang Muqallid tetapi imannya sentiasa di dalam bahaya seperti apa yang Syeikh Ibrahim al-Laqqoni mdahkan di dalam Jauharul Tauhid.

Taqlid terbahagi kepada 2 bahagian;

1)       1.Taqlid Jazmi- Iaitu seseorang yang hanya mengikut apa yang gurunya kata, maka jika gurunya murtad atau menjadi fasik, dia tetap yakin dengan kepercayaan dalam Islam. Maka, imannya sah di sisi ulama’.

2)      2.Tawlid tidak Jazmi- Iaitu seseorang yang hanya mengikut apa yang gurunya kata atau mengajar, maka jika gurunya murtad atau fasik, dia menjadi raguragu dalam kepercayaan dalam beragama. Tidak sah imannya di sisi ulama. Demikian disebut di dalam Risalah Tauhid

Maka, in sha Allah inilah mukadimah di dalam Ilmu Akidah. Kita sudah bersedia untuk membincangkan tentang sifat 20 dan memberikan dalil. Mohonlah kkepada Allah agar kita diberi kesempatan waktu dan usia untuk mendalai ilmu Allah yang mulia ini..:)


No comments:

Post a Comment