Sunday 25 May 2014

[Akidah Injection]; (Bahagian 2): Siapakah al-Asyairah?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..


Post kedua ini masih belum memasuki perbincangan utama ilmu Akidah. Post kali ini bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang siapakah Ahli Sunnah wal Jamaah dan siapakan pendirinya.:)

Siapakah Yang Tergolong di dalam Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah?

Al-Allamah Al-Safarini al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Lawami’ al-Anwar al-Bahiliyyah Jilid 1 muka surat 73;” Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri dariada tiga golongan;
1.        Al-Atsariyyah (ulama hadith) yang diketuai oleh Imam Ahmad bin Hanbal
2.       Al-‘Asyairiyah yang dipimpin oleh Imam Abul Hasan al-Asy’ariyah
3.       Al-Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi.
Menurut kitab Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah karangan KH Sirajuddin Abbas, kita di Malaysia majoritinya mengikuti aliran Al-Asy’ariyah. Perlu difahami bahawa ketiga-tiga aliran ini hampir bersamaan dalam pegangannya dan sejahtera ketiga-tiga aliran ini kerana kesmuanya menepati al-Quran dan al-Sunnah.
Pada ruangan ini, kita akan fokuskan tentang Imam Asy’ariyah. Sekali lagi diingatkan bahawa ketiga-tiga aliran ini benar-benar belaka.
Siapakah Imam al-Asy’ari?
Beliau seorang Imam yang sangat alimm, seorang yang bertaqwa lagi berjasa, penolong sunnah, bendera agama dan syiar umat Islam. Namanya Ali bin Ismail bin Abu Bishr Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin sahabat Rasulullah bernama Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asya’ari radhiallhuanhu.
Imam al-Asy’ari merupakan tokoh Ahlu Sunnah wal Jamaah dan pendokong ulama kalam. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijriah di Basrah, Iraq. Pada  permulaan pengajiannya beliau mengikuti Mazhab Jubbai Muktazilah selama 40 tahun atau hampir dengan waktu itu. Sehingga beliau begitu mahir di dalam mazhab iu dan akhirnya menjadi pemimpin mazhab tersebut dan enjadi pedang pembunuh lawannya. Tetapi pada masanya yang dikehendaki Allah untuk menolong agamaNya dan menguatkan sunnah nabiNya.
Allah telah menampakkan kepadanya kebathilan mazhab Muktazilah. Di mana timbul dalam pemikirannya beberapa kemusykilan tentang akidah Muktazilah. Beliau pun bertanya kepada guru-gurunya tetapi beliau tidak berpuas hati dengan jawapn yang diberikan mereka. Begitulah keadaannnya sehinggalah Allah menunjukkan kebenaran. Lalu beliau pun keluar ke masjid jamek dan menaiki mimbar dan berteriak dengan nada yang lantang;
“ Wahai saudara sekalian! Sesiapa yang telah mengenali pasti dia akan mengnali aya dan sesiapa yang belum mengenali saya maka sekarang ini saya ingin memperkenalkan diri. Saya ialah si fulan bin fulan. Sebelum ini saya beriktikad bahawa al-Quran itu makhluk, Allah tidak dapat dilihat di akhirat dan hamba menjadikan perbuatannya sendiri. Nah! Sekarang saya bertaubat daripada pegangan Muktazilah dan bertekad menolak pegangan mereka dan menzahirkan kerosakan mereka.
Wahai saudara sekalian! Sesungguhnya saya telah menghilangkan diri daripada kamu dalam tempoh ini kerana saya telah membuat pemerhatian. Hasilnya saya telah memperoleh beberapa dalil. Namun begitu, saya tidak mampu membezakan dalil yang manakah yang lebih mutamad dan lebih kuat. Lalu saya meminta petunjuk daripada Allah maka Dia relah menunjuki kepada saya iktikad yang tersimpan di dalam kitab-kitab saya ini.
Sesungguhnya saya mencabut daripada semua iktikad yang saya pegang sebelum ini sebagaimna saya mencabut baju saya ini”.
Lalu beliau pun mencabut jubbah yang ada padanya dan dilontarkannya. Beliaupun meberi kepada orang ramai kitab-kitab karangnnya yang berpaksikan kepada akidah Ahli Haq di atas jalan ulama fekah dan ahli hadith.
Ramai ulama terulung menerima pegangan beliau seperti Imam Abu Hasan al-Bahili al-Basri, Imam Abu Abdullah bin Mujahid al-Basri, Imam Abu Muhammad al-Tobari yang terkenal dengan panggilan al-Iraqi, Imam Abu Bakar Qaffal as-Syashi dan Imam Abu Sahl as-So’luki an-Naisaburi dan ramai lagi.
Melalui murid-murid beliau diwarisakan pula metodnya kepada para ulama terulung selepas beliau seperti Imam Qadhi Abi Bakr al-Baqillani, Imam Abu Tayyib bin Abu Shal as-Sho’luki, Imam Abu Ali al-Daqqaq, Imam Hakim an-Naisaburi, Imam Abu Bakr bin Faurak, Imam Hafiz Abu Naim al-Asbahani dan ramai lagi.
Beliau telah meninggalkan begitu banyak penulisan dan karangan dikatakan jumlahnya melbihi 200 buah.
(Terjemahan biografi ini kami ambil dari kitab Tabyin Kazb al-Muftari, Tabaqaat al-Syafieeyah al-Subki dan kitab Miftah al-Saadah)
Segala puji bagi Allah yang mentakdirkan kita di Bumi melayu ini menerima warisan Ahli Sunnah wal Jamaah di dalam aliran al-Asy’ariyah ini melalui ulama-ulama pondok mahupun ulama-ulama yang menuntut dengan para guru yang muktabar di taman-taman syurga.

In sha Allah, pada siri seterusnya kita akan membincangkan pengertian Iman, Islam, Ihsan dan Hukum Akal..Teruskan bersama kami..:) Wassalam. 

No comments:

Post a Comment