Thursday 9 January 2014

[Tazkirah]: Huru Hara Kiamat II

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



{Dipetik daripada kitabal-Yawaaqit wa al-Jawaahir fi 'Uqubaat Ahli al-Kabaair oleh Syeikh Abdul Wahab asy-Sya'arani}

Tuhan yang Maha Tinggi berfirman:
"Akulah Raja yang Amat Keras. Tiada mana-mana orang yang zalim melampauiLu. Jika is melampauiKU nescaya Aku pula yang zalim"
Kemudian Dia berfirman,
"Hai Jibril! Katakan kepada malaikat yang menjunjung neraka; Bawalah neraka Jahannam"

Maka malaikat Jibril pun pergi dalamkeadaan menangis. Maka malaikat yang menjunjung neraka bertanya kepada Jibril,"Kenapa kau menangis?". Jawab Jibrail, "Bagaimanakah aku tidak menangis. Sesungguhnya Allah taala telah menyuruh supaya engkau membawa api neraka Jahannam"

Maka menangis pula malaikat Malik dengan tangisan yang keras," Hai Jibril, hari apakah ini?". Maka kata Jibrail,"Inilah hari kiamat".

Maka berkata malaikat Malik "Di manakah Muhammad SAW dan umatnya?". Jibril menjawab," Mereka itu berada pada hadrat Allah taala.". Maka berteriaklah malaikat Malik itu kepada neraka Jahannam dengan sekali teriakan.

Maka, api neraka itu menjadi marak dari atas hinggalah ke bawah. Dan ia berdiri di atas kakinya. Dan bagi api neraka Jahannam itu ada sepuluh ribu kepala. Pada setiap mulutnya ada 10 000 taring. Dan setiap panjang taringnya itu 10 000 hasta. Dan seriap satu taring itu ada 10 000 qirbah (bekas). Dan setiap bekas itu terisi dengan racun.

Dan padanya ada 70 000 "zimam" (tali kekang). Dan setiap satu zimam itu ada 70 000 malaikat yang menariknya. Maka tatkala di Mahsyar, terputuslah rantai itu kerana murka dan marahnya api neraka kepasa orang kafir dan orang yang berbuat dosa.

Lihatlah betapa gerunnya azab api neraka. Tetapi mengapa kita di sini masih berbuat dosa? Ambo utamakan peringatan ini kepada diri ambo yang lemah ini. Kata Yusof Islam,
"Tamadun Barat merupakan sebuah kapal yang hampir tenggelam dan umat Islam berlumba-lumba untuk membeli tiket untuk menaikinya".
Maka, muhasabahlah diri kita. Kata Saidina Umar, "Hitunglah dirimu sebelum diri kamu dihitungkan". Dunia merupakan tempat berbuat amal semata-mata, dan di akhirat itu tempat mengira amal semata-mata. Jangan merasakan diri kita sudah cukup ibadat kerana kita tidak tahu berapa dekatnya belakang kita dengan api neraka.

Hidup di dunia hanya sekali.

Peluang untuk beramal hanya sekali.

Berbuat dosa pula banyak kali.

Tapi, ingat pengampunan Allah tidak pernah bertepi...

Wassalam..

BONUS:


Shollu 'alan Nabiyy..:')

p.s: Maafkan ambo kerana lambat update..:)


No comments:

Post a Comment