Friday 10 January 2014

[Akidah ASWJ]: Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Sudah terang lagi bersuluh bahawa zaman ini zaman fitnah. Satu demi satu ajaran muncul, kesemuanya menjadi propaganda musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Di negara kita, ramai yang sudah sedar dari kealpaan masing-masing dan berhajat untuk kembali. Seks, wang, sukan dan lain-lain tidak terkesan dalam hati mereka. Maka, syaitan telah mewujudkan ajaran yang menyimpang yang mengelirukan mereka. Sayang seribu sayang. Jangan pelik jikalau satu serbuan markas ajaran sesat, terdapat wanita berniqab dan lelaki berserban besar menghadiri ritual sesat itu..

Maka, dengan kesempatan masa yang masih ada, ambo terpanggil untuk mewujudkan segmen yang tidak seberapa untuk memberikan kita penerangan tentang akidah yang sebenar, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi, ingat pengisian yang ada di dalam ruangan ini tidak lengkap tanpa mendapat bimbingan seorang guru. Ini sebagai sampingan bukan isi utamanya. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam, carilah mana-mana guru yang muktabar untuk mendidik kita mengenal tariq yang paling tepat..:)



ERTI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Erti Ahli Sunnah: ialah pengikut sunnah Nabi
Erti wal jamaah: penganut iktiqad sahabat-sahabat Nabi

Iktiqad Nabi dan para sahabat itu telah termaktub di dalam al-Quran dan dalam Sunnah Rasul secara tidak terkumpul atau belum bersusun  secara rapi dan teratur, tetapi kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan oleh seorang ulama Usuluddin yang hebat iaitu Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari.

Tersebut dalam kitab "Ihtihaf Sadatil Muttaqin" karangan Imam Muhammad bin Muhammad al-Husni al-Zabidi, iaitu kitab Syarah kepada kitab "Ihya' Ulumiddin" karangan Imam Ghazali, pada jilid II, halaman 6 menyebut:
Apabila disebut kaum Ahlu Sunnah wal Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikuti (faham ) Asy'ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi.

PECAHAN DALAM ISLAM

Nabi Muhammad SAW bersabda, " Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 pecahan, yang satu masuk syurga dan yang lain akan masuk neraka. Bertanya para sahabat, "Siapakah yang tidak memasuki neraka itu, ya Rasululllah?" Nabi menjawab, Ahlussunnah wal Jamaah" (Tabrani)

Tersebut dlaam kitab Bughyatul Mustarsyin, karangan Mufti Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar, yang mahsyur dengan gelaran Ba'Alawi, halaman 398, cetakan Mathba'ah Amin Abdul Majid Kaherah, bahawa 72 firqah yang sesat itu ialah,

  1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali k.w. Mereka tidak mengakui Khalifah Abu Bakar, Umar, Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.
  2. Kaum Khawarij, kaum yang berlebih-lebih membenci Saidina Ali, bahkan ada yang mengkafirkan Saidina Ali. Kaum ini berpecah kepada 20 aliran.
  3. Kaum Muktazilah, iaitu kaum yang berpegang bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, manusia membuat pekerjaannya sendiri, Tuhan tidak dapat dilihat dalam syurga, orang yang mengerjakan dosa akan diletakkan di antara syurga dan neraka dan Nabi mikraj menggunakan roh sahaja. Kaum ini berpecah kepada 20 aliran.
  4. Kaum Murjiah, iaiu kaum yang berfatwa tidak akan membawa mudarat jika berbuat dosa asalkan sudah beriman.
  5. Kaum Najariyah, iaitu kaum yang berfatwa bahawa perbuatan manusia ialah makhluk, dan sifat Tuhan itu tiada. Mereka berpecah kepada 3 bahagian.
  6. Kaum Jabariyah, iaitu kaum yang berpegang bahawa manusia itu Majbur, iaitu tiada erdaya apa-apa. 
  7. Kaum Musabbihah, iaitu kaum yang berfatwa bahawa Tuhan itu ada serupa dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga, turun tangga..etc
J
adi, inilah pecahan dalam Islam. Berjaga-jagalah agar tidak tergelincir kita..Wallahua'lam..:D


4 comments:

  1. Ya Allah jauhkanlah kami dari terpesong akidah! amin ya rabb :)

    ReplyDelete
  2. Islam akn menang kmbali di bwh pimpinan ahlul sunnah insyaAllah.
    Teruskn brdakwah dgn cara awak insyaAllah.

    Salam dri ex-samurian b29 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, terima kasih, kak..sila-lah menegur saya kalau ada sebarang kesilapan..:D

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete