Wednesday 29 January 2014

[Akidah]: Salah faham Terhadap Islam: Kaabah dan Tanah Haram

Bismilahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Ambo kira soalan yang akan disampaikan sebentar nanti merupakan soalan killer yang sememangnya memeningkan kepala nak menjawabnya. Persoalan ini penting untuk diketahui jawapannya untuk mengukuhkan keimanan.

Post-post tentang Salah faham Terhadap Islam ini sebenarnya bertujuan untuk bukan sekadar menyedapkan hati kita, tetapi sebagai salah satu isi yang boleh digunakan untuk berdakwah. Setujukah anda bahawa di luar sana terdapat non-muslim yang amat baik dan peramah serta dermawan? Kebaikan mereka sangat jelas sampaikan kadang-kala melebihi sikap kebanyakan muslim pada hari ini. Setiap minda yang celik pastinya berbisik, "Alangkah baiknya dia memeluk Islam!!". Seperti yang berlaku ketika Nelson mandela meninggal dunia. Setelah menonton dokumentarinya di History Channel, ambo bermonolog sendirian, "Adakah orang yang lebih baik daripada tokoh ini?".

Maka, selamatkanla mereka dengan membuka mulut anda dan memakai pakaian akhlak yang paling cantik.

Apa dia? Ya, ambo tahu apa yang bermain dalam minda kalian. Aku tidak ada tauliah untuk menyampaikan dakwah. Kawan-kawan, Saidina Abu Bakar merupakan lelaki pertama yang memeluk Islam di dalam sejarah. Pada hari kedua, beliau dapat menarik 10 orang memeluk Islam. Kalau difikirkan, apa yang ada di dalam dada Hazrat Abu Bakar berkenaan Islam? Baru sehari peluk Islam kot! Dalam dadanya hanyalah ada iman dan syahadah.

Orang-orang di luar sana, mereka meraba-raba dalam kegelapan, Muslim ataupun non-muslim. Kongsi barang apa cahaya yang ada di dalam tangan dan nikmat berkongsi itu amat manis..:)

SOALAN:
Islam menghalang penyembahan berhala, tetapi Islam menyembah berhala paling bosar sekali iaitu Kaabah?

JAWAPAN;

Kaabah merupakan Qiblat ataupun arah semua penganut Islam menghadapkan mukanya semasa bersolat. Penting untuk dikaborkan bahawa walaupun penganut Islam menghadapkan muka ke arah Kaabah, kami tidak menyembahnya. Umat Islam tidak menyembah kecuali kepada Allah semata-mata.


1. Islam berpegang kepada kesatuan ummah.

Sebagai contohnya, apabila kaum Muslimin ingin mengerjakan solat. Ada kemungkinan sesetengah daripada kumpulan itu ingin memandang ke arah selatan, ada yang nak menghadap ke utara. Demi mememlihara dan embentuk kesatuan dalm menyembah kepada Tuhan yang satu, Muslimin dan Muslimat di mana sahaja mereka berada diwajibkan untuk memandang ke arah Kaabah.

2. Kaabah sebagai Pusat Dunia.

Orang Islam merupakan orang pertama yang melakar peta dunia. Besanya dengan peta moden, peta umat islam terdahulu dilukis engan bahagian selatan menghadap bagaian atas dan bahagian utara di bawah. Kaabah berada di tengah-tengah peta.

3. Tawaf di Kaabah sebagai isyarat Tuhan Yang Satu

 

Apabila umat Islam mengunjungi Tanah Haram, mereka akan melakukan tawaf iaitu circumbulation di sekeliling Kaabah. Perkara ini meruapakan satu simbolik kepasa kepercayaan dan penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, kerana semua bulatan ada satu titik tengah, maka hanya Satu sahaja Tuhan yang layak disembah..:)

4, Sejadah di Masjid.

Agama yang menyembah berhala amat sensitif jika berhala mereka diletakkan di lantai. Tetapi, kebanyakan sejadah di dunia Islam mempunyai rekaan berbentuk Kaabah. Jika umat Islam menymbah Kaabah, mesti semua orang terlompat-lompat di dalam masjid demi mengelak daripada terpijak gambar Kaabah itu. Tetapi, itu tidak pernah berlaku. Orang Islam memijak hiasan itu kerana kami tidak menyembahnya.

Begitu juga, pada suatu ketika dulu, muazzin atau tukang penyeru kepada solat di Mekah akan memanjat dan memijak bumbung Kaabah ketika waktu solat. Bolehkah agama lain memijak kepala berhala mereka dan memberikan ceramah di atas kepala berhala itu? Jelas sekali, kami tidak menyembah Kaabah.

SOALAN:
Kenapa orang bukan islam tidak dibenarkan memasuki Tanah Haram?

Ya, ianya benar bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki kota suci Mekah dan Madinah.

1. Semua rakyat tidak dibenarkan memasuki ke kawasan sensitif (kawasan tentera atau kerajaan)

Saya merupakan seorang penduduk Malaysia, Bumi Kangkung. Meskipun begitu, saya tidak dibenarkan memasuki beberapa kawasan seperti kawasan depot senjata tentera dan sebagainya. Dalam setiap negara, ada beberapa kawasan panas yang tidak dibenarkan kepada orang awam untuk memasukinya. Hanya orang yang mempunyai urusan sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan-kawasan ini.

Begitu juga dengan islam yang menjadi Agama Dunia. Kawasan khususnya merupakan Makkah dan Madinah. hanya mereka yang percaya kepada Islam dan terlibat dalam urusan Islam iaitu Muslim sahaja dibenarkan. Seperti kawasan tentera, hanya tentera yang dibenarkan masu dan seterusnya..

Tidak logik jika rakyat biasa mengadu kenapa mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan tentera yang secret and confidential. Begitu juga, amat tidak logik jika orang bukan islam yang tiada kaitan membantah larangan memasuki kawasan Tanah Haram.

2. Visa untuk memasuki Makkah dan Madinah

  • Setiapkali seseorang ingin melancong ke sebuah negara asing, dia harus memohon visa atau kebenaran terlebih dahulu. Setiap negara mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Salah satu negara yang amat ketat dalam mengeluarknan visa ialah USA, telebih lagi apabila hendka meberikan visa kepada rakyat dari Dunia Ketiga.
  • Apabila saya mengunjungi Singapura, saya telah dimaklumkan dalam borang imigresen mereka bahawa hukuman mati ke atas pengedar dadah ke dalam negara itu. Jika saya hendak melawat Singapura, saya kenalah ikut peraturan. takleh buat kepala sendiri. Ambo tidak boleh mengatakan bahawa hukuman mati itu hukuman yang tidak bertamadun. hanya jika ambo bersetuju dengan syarat mereka, barulah dibenarkan masuk ke dalam negara itu.
Visa untuk memasuki Makkah dan madinah mudah ja- ucaplah La Ilaha Illa Allah, Muhammadur Rasululullah..:D 

No comments:

Post a Comment